Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus Diploma Kemahiran Malaysia Pengajaran TVET adalah berkaitan dengan kaedah dan teknologi pengajaran dan pembelajaran bagi individu yang ingin menjadikan bidang pengajar TVET sebagai satu karier.
Kursus ini mendedahkan pelajar kepada teknik mengajar termasuklah latihan pembangunan soalan teori dan amali dalam bidang kemahiran masing- masing. Tempoh pelaksanaan kursus ini adalah selama 9 bulan menggunapakai NOSS Pengajaran TVET (P853-002-4:2021) sebagai garis panduan asas.
Pelaksanaan kursus adalah 3 bulan teori (Metodologi) dan 6 bulan latihan internship di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta. Pelajar yang tamat pengajian dengan jayanya akan dianugerahkan DIPLOMA PENGAJARAN TVET (TVET I) TAHAP 4 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Kursus ini ditawarkan di Kampus CIAST SEGAMAT, Johor
Maklumat Latihan TVET
Dan
Umur Minimum : 20
Umur Maksimum : 35
Dan
Dan
| Kod Subjek | Subjek | Wajib/Pilihan | Kategori Pilihan | Min Gred |
|---|---|---|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU | Wajib | E | |
| 1249 | SEJARAH | Wajib | E |
Atau
| PNG Keseluruhan : | 0.00 |
| PNG Akademik : | 0.00 |
| PNG Vokasional : | 0.00 |
| Kod Mata Pelajaran | Mata Pelajaran | Wajib/Pilihan | Min Gred |
|---|---|---|---|
| 1104 | BAHASA MELAYU | Wajib | D |
| 1251 | SEJARAH | Wajib | L |
Menyumbang kepada Personel SPKM di dalam pembangunan modal insan berkemahiran tinggi.
Membuka peluang dan landasan bagi peningkatan Penyedia Latihan baharu di dalam memenuhi keperluan kemahiran, perkembangan teknologi dan perubahan generasi baru.
Butiran Penyedia Latihan TVET
BATU ANAM , SEGAMAT
Lain-lain Maklumat
Kampus CIAST Segamat, Johor.
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
i. Elaun sara diri;
ii. Penginapan; dan
iii. Makan dan minum bagi tempoh tiga (3) bulan latihan teori.
MAKLUMAN PENTING
CIAST tidak pernah melantik mana-mana agen atau pihak ketiga sebagai wakil bagi urusan kemasukan. Orang ramai diingatkan agar berwaspada terhadap sebarang pihak yang mendakwa sebagai wakil CIAST.
CARA MEMOHON
Permohonan kemasukan hanya boleh dibuat melalui portal rasmi:
🔗 https://mohon.tvet.gov.my