Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Modul Single Phase Air-Conditioning Equipment Installation ini direka bagi memberikan pengetahuan dan kemahiran asas kepada pelatih dalam pemasangan peralatan penyaman udara satu fasa secara sistematik dan selamat.
Modul ini memberi penekanan kepada proses pemasangan unit penyaman udara yang melibatkan kerja-kerja penyediaan tapak, pemasangan unit dalaman dan luaran, pemasangan paip, pendawaian elektrik serta pengujian sistem. Pelatih juga akan didedahkan kepada amalan keselamatan dan penggunaan peralatan yang betul sepanjang proses pemasangan.
Selain itu, modul ini bertujuan memastikan pelatih mampu melaksanakan kerja pemasangan dengan mematuhi piawaian industri serta menghasilkan pemasangan yang kemas, berfungsi dengan baik dan selamat digunakan.
Maklumat Latihan TVET
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Atau
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 30
Atau