Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program Pengecatan Semula Badan Kenderaan Tahap 3 di bawah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bertujuan melahirkan tenaga mahir berkemahiran tinggi dalam kerja-kerja pengecatan badan kenderaan secara profesional. Kursus ini menekankan kemahiran praktikal sebanyak 70% serta pengetahuan teori sebanyak 30% yang merangkumi teknik penyediaan permukaan, pencampuran warna (colour matching), teknik semburan cat profesional, serta kemasan akhir (finishing) berkualiti tinggi. Program ini memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pengecatan tanpa melibatkan kerja-kerja pembaikan badan kenderaan. Pelatih akan dibimbing mengikut piawaian industri automotif semasa bagi memastikan hasil kerja yang berkualiti, konsisten serta memenuhi standard industri.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Kelayakan Akademik
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. Umur
2.1

Umur Minimum : 13
Umur Maksimum : 100


Dan

3. Warganegara
3.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

4. Syarat Tambahan
4.1
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)
Tempoh Pengajian
2 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan program ini berpeluang menceburi pelbagai bidang dalam industri automotif khususnya dalam bidang pengecatan badan kenderaan, sama ada di bengkel cat (spray workshop), pusat servis kenderaan, mahupun syarikat pengedaran dan pemasangan kenderaan. Antara kerjaya yang boleh diceburi ialah: Juruteknik Pengecatan Kenderaan Spray Painter (Automotif) Pembantu Juruteknik Pengecatan Pekerja kemasan akhir (finishing) badan kenderaan Usahawan bengkel pengecatan kenderaan Dengan pengalaman dan latihan tambahan, graduan juga berpeluang meningkatkan kemahiran ke tahap yang lebih tinggi serta menceburi bidang kepakaran seperti colour matching specialist, quality control (QC) pengecatan, atau penyelia bengkel pengecatan.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ESNET ACADEMY
Alamat
BLOCK C, LOT 219, JALAN LAHAT
30200 IPOH, PERAK

PREMIS TAMBAHAN
3, JALAN INDUSTRI 6,
ZON PERDAGANGAN BEBAS JELAPANG 2,
30020 IPOH, PERAK
Negeri
PERAK
Penyelaras
YEONG KENG SOON
Telefon
05-2498989
Emel
pusatppgm917@gmail.com
Laman Web

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Program Pengecatan Semula Badan Kenderaan Tahap 3 dilaksanakan berasaskan gabungan latihan teori dan amali bengkel mengikut piawaian National Occupational Skills Standard (NOSS) berkaitan pengecatan automotif. Tempoh latihan keseluruhan adalah selama 54 minggu di ESnet Academy, termasuk latihan industri selama 3 bulan sebelum penilaian akhir. Pelatih akan melalui:

1. Latihan di bengkel pengecatan (spray workshop) – penguasaan kemahiran praktikal seperti penyediaan permukaan, teknik sanding, pencampuran warna (colour matching), teknik semburan cat dan kemasan akhir menggunakan peralatan khas.
2. Pembelajaran teori teknikal – meliputi asas bahan cat, teknik aplikasi, prosedur keselamatan (safety), serta kawalan kualiti kerja pengecatan.
3. Penilaian berterusan (Continuous Assessment) – melibatkan tugasan amali, ujian teori dan pemerhatian prestasi pelatih sepanjang latihan.
4. Latihan Industri (3 bulan) – dijalankan sebelum penilaian akhir bagi memberi pendedahan kepada situasi kerja sebenar serta meningkatkan tahap kemahiran mengikut kehendak industri.
5. Penilaian Akhir (Final Assessment) – dijalankan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi melayakkan pelatih dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang pengecatan automotif.
;