Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Pembuatan roti merupakan satu produk yang berasaskan tepung kemudian dibakar dan merupakan salah satu bidang dalam sektor hospitaliti & pelancongan yang bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan dimana dapat mempelajari berkaitan penghasilan dan penyediaan pelbagai jenis roti serta pastri termasuk reka bentuknya, resepi, langkah-langkah penyediaan yang berpandukan NOSS / MODUL daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
3 Bulan
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pelatih untuk memasuki pelbagai jenis kerjaya dalam bidang pembuatan roti seperti chef di sektor perhotelan, pembuat roti beraneka di kedai bakeri, menjadi usahawan dengan perniagaan sendiri. Pelatih juga boleh sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi iaitu tahap 4 dengan kelulusan Sijil Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) serta dapat sambung ke sijil kemahiran TVET-I untuk menjadi seorang tenaga pengajar.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
NOBLE SCHOOL CITY CAMPUS
Alamat
LOT 10, LEVEL 1
KOMPLEKS NIAGA D'MARA
34000 TAIPING, PERAK

PREMIS TAMBAHAN:
1 - 9 KOMPLEKS TERMINAL BUS TAIPING ,
JALAN MASJID, 34000 TAIPING, PERAK.
Negeri
PERAK
Penyelaras
LATIPAH BINTI OMAR
Telefon
05-8081289
Emel
noblecitycampus@gmail.com
Laman Web

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Program ini mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam prinsip-prinsip asas industri hospitaliti yang merangkumi standard operation procedure (SOP) keselamatan di dalam kitchen dan sanitasi makanan, asas jualan dan pemasaran, pembelian dan kawalan kos, penyeliaan dan pengurusan pengeluaran stok. Bagaimana cara untuk mengendalikan peralatan dan perkakasan dapur, kemahiran mempelajari teknik dekorasi dan penyajian roti yang menarik serta dapat mempelajari cara menginovasikan produk.

Selain itu, pelatih akan didedahkan dengan penghasilan produk trend-trend terkini sama ada di peringkat tempatan mahupun luar negara. Pelatih juga akan diterapkan kepada suasana kerjaya yang sebenar dengan cara pengetahuan profesional dalam bidang industri pembuatan roti dan pastri.
;