OPERASI TEKNOLOGI KIMPALAN ARKA
C259-008-3:2025;ARC WELDING TECHNOLOGY OPERATION OPERASI TEKNOLOGI KIMPALAN TAHAP 3 ( C259-008-3:2025 )
Pengenalan Kursus
Kolej KEDA merupakan sebuah institusi Latihan awam di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) . Antara program kemahiran yang dijalankan di Kolej KEDA adalah Kursus Teknologi Kimpalan . Program latihan kemahiran teknikal yang dirangka khusus untuk melahirkan tenaga kerja separa mahir dan mahir dalam bidang kimpalan industri selaras dengan keperluan sektor pembuatan, pembinaan, minyak dan gas serta penyelenggaraan kejuruteraan. Kursus ini menekankan gabungan pengetahuan teori, kemahiran praktikal, dan pematuhan standard keselamatan yang tinggi.
Pelajar akan didedahkan kepada pelbagai proses kimpalan utama seperti Shielded Metal Arc Welding (SMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW/TIG) dan Gas Metal Arc Welding (GMAW/MIG) merangkumi pelbagai posisi kimpalan mengikut piawaian industri. Latihan dijalankan secara hands-on di bengkel yang lengkap dengan peralatan moden, selaras dengan amalan industri sebenar.
Selain kemahiran teknikal, kursus ini turut menekankan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH), disiplin kerja, kualiti hasil kimpalan, penjagaan alam sekitar serta sikap profesional sebagai seorang jurukimpal..
Secara keseluruhannya, Kursus Teknologi Kimpalan di Kolej KEDA berperanan sebagai platform penting dalam menyokong agenda TVET negara, menyediakan peluang kerjaya yang luas serta melahirkan graduan berkemahiran tinggi yang berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran industri semasa.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
Kelayakan Akademik :
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 25
Warganegara Malaysia
Bumiputera
Syarat Tambahan
2. Bujang (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.