Kursus TVET

MOTOSIKAL - PERKHIDMATAN DIAGNOSIS

G454-001-3:2018,G454-001-2:2018,G454-001-1:2018;MOTORCYCLE DIAGNOSE SUPERVISION

KOLEJ KEDA , KEDAH

Pengenalan Kursus

Program ini dibangunkan untuk melengkapkan individu dengan pengetahuan dari aspek teknologi yang selari dengan keperluan industri, kemahiran Teknologi Motosikal akan membentuk individu berkebolehan menguasai pasaran keusahawanan dan pekerjaan di industri.

Aspek Latihan dalam bidang Teknologi Motosikal meliputi semua aspek Latihan yang diterapkan oleh pihak industri, bagi melengkapkan kebolehpasaran dan graduan yang berkemahiran tinggi. Pelajar juga akan diberikan pendedahan berkaitan teknologi-teknologi yang terkini dan latihan teknikal di industri.

Penekanan modul teori dan amali selaras dengan teknologi terkini industri permotoran, memberi pendedahan secara praktikal dalam menyelenggara, merombak, memeriksa pemasangan enjin (engine overhaul), kaedah pemeriksaan dan pengesanan masalah secara amali dan diagnostik (Diagrose Elektric/Electronic System) selari dengan perubahan teknologi permotoran di pasaran.

Program ini dilaksanakan sepenuh masa selama 2 tahun untuk tahap 1 sehingga tahap 3 termasuk 3 bulan mejalani lathan industri (LI)

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
ST - Gabungan Beberapa Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
24 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan program Teknologi Motosikal dapat menceburi kerjaya dalam sektor seperti :- Industri Motosikal Graduan berupaya berkerja sebagai personal motosikal sebagai :- Usahawan Pusat Servis dan Jualan Usahawan Dyno Motosikal Penyelia Pusat Servis Penyelia Pemasangan Motosikal Industri Juruteknik (Tuner) Motosikal Juruteknik Motosikal Juruteknik Kawalan Kualiti (QC) Pemasangan Motosikal Industri Tenaga Pengajar Teknologi Motosikal Pembantu Kemahiran di Jabatan Perkhidmatan Awam.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik :
Lepasan PMR / Tamat Tingkatan 3
Syarat Wajib
Lepasan PMR / Tamat Tingkatan 3

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
02
Kriteria Utama
Umur
17 - 25 Tahun
Syarat Wajib
Calon mestilah berumur seperti berikut :

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 25

DAN
03
Kriteria Utama
Warganegara Malaysia
Syarat Wajib
Calon mesti Warganegara Malaysia
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
04
Kriteria Utama
Bumiputera
Syarat Wajib
Calon mesti bumiputera
Calon Bumiputera Sahaja
DAN
05
Kriteria Utama
Syarat Tambahan
Syarat Wajib
Calon memenuhi syarat berikut:
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Bujang (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ KEDA
Alamat
RIMBA TAQWA, PERANGIN, 08200 SIK, KEDAH.
Negeri
KEDAH
Penyelaras
AHMAD BIN ABDUL LATEH
Telefon
04-7205430
Emel
kolejkeda@keda.gov.my
Laman Web
www.kolejkeda.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Kursus ini dilaksanakan mengikut sijil tertinggi iaitu Tahap 3 selama tempoh 2 Tahun.

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;