SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF (KENDERAAN ELEKTRIK HIBRID)
STEH03
Pengenalan Kursus
Kursus perkhidmatan pembaikan-kenderaan ringan memberi latihan dalam penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan ringan seperti kereta dan kenderaan kecil.
Peserta akan mempelajari sistem enjin, transmisi, brek, elektrik, serta teknik diagnostik dan keselamatan bengkel. Kursus ini sesuai untuk individu yang berminat dalam bidang automotif, lepasan sekolah, atau pekerja industri yang ingin meningkatkan kemahiran.
Kursus servis kereta elektrik dan hibrid mendedahkan pelatih dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi juruteknik khusus bagi servis dan membaiki kenderaan elektrik dan hibrid berdasarkan keperluan industri. Pembelajaran di dalam program ini meliputi pemeriksaan kenderaan elektrik dan hibrid, servis sistem penyimpanan tenaga kenderaan elektrik dan hibrid, servis sub sistem sokongan kenderaan elektrik dan hibrid, fungsi pengawasan sistem elektrik dan kereta hibrid dan sebagainya.
Maklumat Latihan TVET
SUPERVISOR SERVIS KENDERAAN ELEKTRIK/ HYBRID/ RINGAN
SERVICE ADVISOR SERVIS KENDERAAN ELEKTRIK/ HYBRID/ RINGAN
ENTREPRENEUR SERVIS KENDERAAN ELEKTRIK/ HYBRID/ RINGAN
Syarat Kelayakan
Umur
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
Warganegara
Syarat Persekolahan
1. Tamat Tingkatan 5
Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : G
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
| 1249 | SEJARAH |
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Syarat Am Kemasukan
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
🎉 PERCUMA Penginapan
🎉 PERCUMA Makan & Minum
🎉 Wang Saku RM100/bulan
🎉 Elaun Praktikal RM300/bulan
🎉 Elaun OKU RM300/bulan
🎉 Persijilan diiktiraf JPK
🎉 Peluang pekerjaan selepas tamat latihan
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.