PEMANDUAN PELANCONG BANDAR
N791-008-3:2025;Kursus Pemandu Pelancong
Pengenalan Kursus
Kursus Pemandu Pelancong diwujudkan untuk melahirkan individu yang berpengetahuan, berkemahiran dan professional dalam bidang pelancongan. Kursus ini memberikan pendedahan kepada peserta mengenai teknik pengendalian pelancong. Komunikasi berkesan, pengetahuan sejarah, budaya, warisan, serta destinasi pelancongan tempatan dan antarabangsa.
Peserta juga akan dilatih dalam aspek etika, keselamatan, pengurusan lawatan dan kemahiran penyampaian maklumat supaya mampu memberikan pengalaman pelancongan yang berkualiti kepada pelancong. Kursus ini sesuai bagi mereka yang berminat untuk membina kerjaya sebagai pemandu pelancong professional serta memenuhi keperluan industri pelancongan yang semakin berkembang.
Kursus ini dikawal selia oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) dan diselaraskan dibawah system TVET Negara.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
Lulus SPM dengan minimum 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Sejarah ATAU Mempunyai Pengalaman kerja serta Lulus Temuduga ditetapkan oleh MOTAC
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
| Kod Subjek | Subjek | Wajib/Pilihan | Kategori Pilihan | Min Gred |
|---|---|---|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU | Wajib | E | |
| 1249 | SEJARAH | Wajib | E |
Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 75
Butiran Penyedia Latihan TVET
PREMIS TAMBAHAN:
33B & 35B, JALAN KUNING 2,TAMAN PELANGI, 80400 JOHOR BAHRU, JOHOR
Lain-lain Maklumat
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.