Kursus TVET

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK

E70

TVETMARA PASIR MAS (KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA PASIR MAS) , KELANTAN

Pengenalan Kursus

Program ini menawarkan pembelajaran yang menggabungkan teori dan latihan amali dalam bidang kejuruteraan elektrik melalui kerjasama strategik antara MARA dan Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST). Program ini dirangka bagi melahirkan graduan yang kompeten, berkemahiran tinggi serta mampu memenuhi keperluan industri elektrik yang sentiasa berkembang.
Sepanjang tempoh pengajian, pelajar akan didedahkan kepada pengetahuan teknikal dan kemahiran praktikal dalam pemasangan, penyelenggaraan serta pengoperasian sistem elektrik. Bidang pembelajaran merangkumi pendawaian elektrik, sistem perlindungan kebakaran dan keselamatan bangunan, sistem perkhidmatan bangunan serta sistem automasi bangunan. Pendekatan pembelajaran yang mengimbangi aspek teori dan amali membolehkan pelajar memperoleh pengalaman pembelajaran yang menyeluruh serta relevan dengan kehendak industri.
Pelajar yang berjaya menamatkan program ini akan dianugerahkan Diploma Kejuruteraan MARA serta Perakuan Kekompetenan Pendawai Bertauliah yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST). Sebagai nilai tambah, pelajar turut berpeluang memperoleh Sijil Grid-Connected Photovoltaic (GCPV) yang diiktiraf oleh Sustainable Energy Development Authority (SEDA), sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam bidang elektrik, tenaga boleh baharu dan teknologi hijau.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan program ini mempunyai peluang kerjaya yang luas dalam sektor awam dan swasta, khususnya dalam industri elektrik, pembinaan, penyelenggaraan, utiliti serta tenaga boleh baharu. Antara kerjaya yang boleh diceburi ialah:
Penolong Jurutera
Pendawai Bertauliah
Kontraktor Elektrik
Penolong Juruteknik
Penyelia
Usahawan dalam bidang elektrik

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
TVETMARA PASIR MAS (KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA PASIR MAS)
Alamat
LUBOK JONG, 17000 PASIR MAS, KELANTAN
Negeri
KELANTAN
Penyelaras
LESA SURYANTEY BINTI JUSOH
Telefon
09-7917558
Emel
infokktm_pasirmas@mara.gov.my
Laman Web
http://pasirmas.kktm.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Graduan program ini berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, sama ada di dalam mahupun di luar negara. Antara program yang boleh diikuti ialah:
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kepujian) – UniKL BMI
Bachelor of Engineering (Electrical and Electronic)
;