SIJIL TEKNOLOGI KIMPALAN
M14
Pengenalan Kursus
Program Sijil Teknologi Kimpalan direka bagi melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten, berkemahiran tinggi dan memenuhi keperluan industri kimpalan serta fabrikasi logam masa kini. Program ini menggabungkan pembelajaran teori dan latihan amali secara intensif bagi memastikan pelajar menguasai kemahiran kimpalan mengikut standard industri.
Pelajar akan mempelajari teknik kimpalan plat dan paip menggunakan pelbagai posisi kimpalan seperti 1G, 2G, 3G, 4G, 5G dan 6G melibatkan bahan karbon keluli, stainless steel dan aluminium. Selain itu, pelajar turut didedahkan dengan penggunaan mesin dan peralatan kimpalan, kerja fabrikasi, pemotongan logam, pemeriksaan kualiti kimpalan serta ujian tanpa musnah (NDT).
Program ini juga memberi penekanan kepada aspek keselamatan bengkel, pembacaan lukisan teknikal, penyediaan tempat kerja industri, disiplin kerja dan kemahiran teknousahawan bagi melahirkan graduan yang bersedia untuk memasuki alam pekerjaan serta berdaya saing dalam industri.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
Taraf Warganegara
Taraf Bumiputera
Kelayakan Akademik
1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : E
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
| 1249 | SEJARAH |
Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Siji Profesional GIATMARA / Sjil Kompetensi atau Profesional dari mana-mana agensi atau institusi pendidikan (IPTA/IPTS/ILKA/ILKS) dalam bidang berkaitan Dari LULUSAN GIATMARA / IPTA/IPTS/ILKA / ILKS dalam bidang berkaitan
Minimum CGPA : 0.00
Pemeriksaan Kimpalan [MC-060-2:2012] Atau
Pemeriksaan Ultrasonik- Binaan Berkimpalan (Plat & Paip)Minyak & Gas [MC-113-2:2015] Atau
Pentafsiran Radiografi – Pembinaan Berkimpalan [MC-115-2:2016] Atau
Pemeriksaan Radiograf- Binaan Berkimpalan (Minyak & Gas) [MC-110-2:2015]
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 45
Kriteria Tambahan Lain
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)
Butiran Penyedia Latihan TVET
55100 KUALA LUMPUR
Lain-lain Maklumat
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.