OPERASI SERVIS SELEPAS JUALAN – KENDERAAN BERMOTOR
G452-002-4:2017,G452-002-3:2018,G452-002-2:2018;DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF (4WD)
Pengenalan Kursus
Program ini direkabentuk bagi melahirkan sumber manusia berpengetahuan dan cekap dalam teknologi automotif pacuan empat roda (4WD) yang berkebolehan dalam kemahiran teknikal bagi menyokong jurutera dan profesional lain yang terlibat dalam pembangunan, pembuatan dan ujian operasi, pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem automotif (4WD). Pelajar didedahkan dengan pengetahuan yang berkaitan, kemahiran praktikal dan teknikal dalam mendiagnosis, membaiki serta menaiktaraf/modifikasi kenderaan pacuan empat roda standard kepada off-Road. Kualiti kepimpinan yang cekap dan profesionalisme turut ditekankan. Pelajar digalakkan mempunyai sikap untuk mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat seiring perubahan teknologi automotif komersial terkini. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
Butiran Penyedia Latihan TVET
OFF JALAN SULTAN TENGAH
Lain-lain Maklumat
Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti:
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)Dengan Kepujian (UTHM)
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) Dengan Kepujian (UTeM)
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) Mekanikal (Automotif) (UniKL MSI)
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) Penyelenggaraan Automotif (UniKL MFI)
Automotive Engineering BEng (Hons) (University of Surrey, UK)
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.