PENYESUAIAN DAN PENGHASILAN CAT KENDERAAN (SMASH)
BMK0401
Pengenalan Kursus
Program Pengemasan dan Pengecatan Semula Kenderaan menyediakan latihan berasaskan kompetensi yang merangkumi pengetahuan teori dan kemahiran amali dalam bidang membaik pulih badan kenderaan, penyediaan permukaan dan kerja-kerja pengecatan semula automotif. Program ini memberi pendedahan kepada teknik analisis kerosakan badan kenderaan, kimpalan automotif, penyediaan permukaan, pemadanan warna, aplikasi sistem cat automotif serta proses penggilapan dan perincian kemasan menggunakan peralatan dan teknologi terkini yang memenuhi standard industri automotif.
Program ini turut membangunkan kemahiran kognitif dan kemahiran kefungsian kerja melalui aktiviti diagnosis kerosakan, anggaran kos pembaikan, penggunaan peralatan diagnostik, pengendalian sistem pengecatan moden serta penyeliaan operasi bengkel. Pelatih diperkasakan dengan kemahiran praktikal, komunikasi, interpersonal, digital dan kepimpinan bagi membolehkan mereka melaksanakan tugasan pembaikan dan pengecatan secara cekap, selamat dan profesional mengikut keperluan industri.
Selain itu, program ini menerapkan elemen keusahawanan, etika dan profesionalisme bagi melahirkan tenaga kerja mahir yang berintegriti, inovatif dan berdaya saing. Pelatih berupaya mengurus operasi bengkel, memberikan khidmat pelanggan yang berkualiti, membangunkan perniagaan automotif serta meneroka peluang keusahawanan dalam bidang pembaikan badan dan pengecatan kenderaan. Graduan program ini berpotensi untuk memasuki industri automotif atau melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang berkaitan.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
KRITERIA ASAS
UMUR
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 70
PENDIDIKAN
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
WARGANEGARA
BUMIPUTERA
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.