Kursus TVET

LATIHAN TENAGA PENGAJAR

NCS-004:2017;Train The Trainer Certification (TTTC)

SIERRA TVET ACADEMY , SABAH

Pengenalan Kursus

Kursus Train the Trainer (TTT) NCS – NCS-004:2017 yang akan dilaksanakan di Sierra Tvet Academy merupakan program pensijilan yang bertujuan melahirkan jurulatih bertauliah bagi melaksanakan latihan berasaskan National Occupational Skills Standard (NOSS) dan juga untuk memohon pengecualaian persijilan TTT untuk HRDCorp.

Personel Train the Trainer (TTT) adalah kompeten dalam melaksanakan keempat-empat kompetensi teras berikut:

a. Menentukan Keperluan Latihan (Determine Training Requirements)
Mengenal pasti keperluan latihan secara sistematik melalui analisis organisasi, analisis tugas dan analisis individu bagi memastikan latihan yang dirancang selari dengan objektif organisasi serta menutup jurang kecekapan peserta.

b. Mereka Bentuk Kursus Latihan (Design Training Course)
Membangunkan reka bentuk kursus latihan yang berstruktur dan sistematik merangkumi penetapan objektif kursus berasaskan prinsip S.M.A.R.T bagi menentukan hala tuju serta sasaran keseluruhan kursus, pembangunan hasil pembelajaran menggunakan format A-B-C-D berdasarkan domain pembelajaran yang bersesuaian seperti kognitif dan afektif, penyusunan kandungan atau modul latihan, penetapan kaedah penyampaian, tempoh latihan serta kaedah penilaian yang relevan bagi memastikan pencapaian peserta dapat diukur dan dinilai secara berkesan mengikut keperluan latihan.

c. Melaksanakan Penyampaian Latihan (Conduct Training)
Melaksanakan dan menyampaikan latihan secara berkesan dengan mengaplikasikan pendekatan andragogi, teknik bimbingan yang sesuai serta kaedah pengajaran yang interaktif, di samping menyediakan dan melaksanakan rancangan pengajaran berasaskan 4 langkah pengajaran (4 Step Pattern) iaitu persediaan, penyampaian, latihan dan penilaian, bagi memastikan penglibatan aktif peserta serta pencapaian hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.

d. Melaksanakan Penilaian Latihan (Conduct Training Evaluation)
Menjalankan penilaian latihan secara menyeluruh bagi mengukur keberkesanan latihan dari aspek pencapaian objektif, peningkatan pengetahuan, kemahiran dan sikap peserta serta menyediakan maklum balas dan cadangan penambahbaikan berterusan.
e. Prospek Kerjaya Profesional : TRAINER / JURULATIH/ PENGAJAR SAMBILAN/ PENGAJAR MODULAR

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Tiada Tahap
Tempoh Pengajian
0 Bulan
Prospek Kerjaya
TRAINER / JURULATIH/ PENGAJAR SAMBILAN/ PENGAJAR MODULAR

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Warganegara Malaysia. Berumur 16 tahun dan ke atas. Boleh membaca, menulis dan mengira.
Syarat Pilihan 1
16 tahun sehingga 65 tahun

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 65

ATAU
Syarat Pilihan 2
Warganegara Malaysia
Warganegara Malaysia Sahaja
ATAU
Syarat Pilihan 3

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
SIERRA TVET ACADEMY
Alamat
LOT 20, BLOK B, TINGKAT 1, TAMAN TYNG
BATU 6, JALAN LABUK
Negeri
SABAH
Penyelaras
MOHAMAD NABBIL BIN ISMAIL
Telefon
01114164524
Emel
sierratvetacademy@gmail.com
Laman Web

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
TIADA

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;