SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF SERVIS (KENDERAAN HYBRID) (DIPLOMA INTEGRASI)
STEV03
Pengenalan Kursus
Kursus ini direka khas untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten dalam menghadapi revolusi kenderaan hijau melalui pendedahan komprehensif terhadap sistem hibrid dan kenderaan elektrik (EV). Sepanjang kursus ini, pelajar akan menguasai kemahiran praktikal dan teori kritikal merangkumi diagnostik bateri voltan tinggi, pengurusan motor elektrik, sistem pengecasan, serta pematuhan SOP keselamatan voltan tinggi yang ketat. Graduan kursus ini bukan sahaja bersedia memenuhi permintaan tinggi industri automotif moden, malah berupaya menjadi perintis teknisyen EV yang berdaya saing di peringkat tempatan dan global.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
Umur
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
Warganegara
Syarat Persekolahan
1. Tamat Tingkatan 5
Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : G
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
| 1249 | SEJARAH |
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Syarat Am Kemasukan
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
● Sijil Teknologi Automotif (Kenderaan Hybrid) [STEV03] & Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
● Diploma Teknologi Automotif (Servis dan Penyelenggaraan) [DTAS34P] & Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
Tempoh Latihan Keseluruhan
Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun 4 bulan termasuk Latihan Industri
Laluan Sambung Belajar
Pelajar yang menamatkan pengajian peringkat Sijil akan terus ikuti pengajian ke peringkat Diploma.
Yuran & Kemudahan (Peringkat Sijil)
Yuran Pengajian: Percuma
Yuran Asrama: Percuma
Makan & Minum: Percuma
Elaun Wang Saku: RM100 / bulan
Elaun Latihan Industri (LI): RM300 / bulan
Elaun OKU: RM300 / bulan
Yuran & Kemudahan (Peringkat Diploma)
Yuran Pengajian: RM2000 / tahun
Yuran Asrama: RM411 / tahun
Makan & Minum: Percuma
Pembiayaan PTPK: Disediakan bagi pelajar yang layak
Elaun OKU: RM300 / bulan
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.