Kursus TVET

BACHELOR OF DATA SCIENCE (ARTIFICIAL INTELLIGENCE) WITH HONOURS

UR6481001

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) , PERLIS

Pengenalan Kursus

Program Sarjana Muda Sains Data (Kecerdasan Buatan) dengan Kepujian bertujuan melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang sains data, kecerdasan buatan (Artificial Intelligence – AI) dan teknologi pengkomputeran bagi memenuhi keperluan industri berteraskan data. Program ini memberikan penekanan terhadap penguasaan pengaturcaraan, pembangunan perisian, analitik data, kaedah statistik, pembelajaran mesin (Machine Learning), pembelajaran mendalam (Deep Learning), pemprosesan bahasa tabii (Natural Language Processing), penglihatan komputer (Computer Vision), kejuruteraan data serta teknologi data raya (Big Data). Pelajar turut dilengkapi dengan kemahiran pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan pembangunan penyelesaian inovatif melalui pembelajaran teori, latihan amali, pembelajaran berasaskan projek (Project-Based Learning) serta pendedahan kepada teknologi dan peralatan yang relevan dengan keperluan industri.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Ijazah Sarjana Muda / Tahap 6 / Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Semester
Prospek Kerjaya
Graduan program ini berpeluang membina kerjaya sebagai Saintis Data (Data Scientist), Penganalisis Data (Data Analyst), Jurutera Kecerdasan Buatan (AI Engineer), Jurutera Pembelajaran Mesin (Machine Learning Engineer), Jurutera Data (Data Engineer), Pembangun Perisian (Software Developer) dan Penganalisis Perisikan Perniagaan (Business Intelligence Analyst). Peluang kerjaya merangkumi pelbagai sektor seperti teknologi maklumat, pembuatan pintar, kewangan, penjagaan kesihatan, telekomunikasi, automotif serta penyelidikan dan pembangunan.

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
Alamat
Pusat Pengurusan Akademik, Aras 3, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Kampus Alam Unimap Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
Negeri
PERLIS
Penyelaras
Ketua Bahagian Pengurusan Dasar TVET
Telefon
+604-9414065
Emel
amc@unimap.edu.my
Laman Web
https://www.unimap.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
https://fkc.unimap.edu.my/index.php/en/
;