Kursus TVET

BACHELOR OF APPLIED SCIENCE (MATERIALS TECHNOLOGY AND METALLURGY) WITH HONOURS

UR6521007

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) , PERLIS

Pengenalan Kursus

Program Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bahan dan Metalurgi) dengan Kepujian bertujuan melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang sains bahan dan teknologi metalurgi melalui penguasaan teori serta latihan amali. Program ini merangkumi asas sains seperti kimia dan fizik, teknologi bahan logam, seramik, polimer dan komposit, serta teknik pencirian bahan, teknologi pemprosesan dan aplikasi industri. Keunikan program ini adalah melalui integrasi pensijilan profesional yang membolehkan pelajar memperoleh kelayakan akademik bersama pensijilan kemahiran yang diiktiraf industri, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan. Program ini turut menyediakan asas yang kukuh untuk melanjutkan pengajian dalam bidang teknologi bahan, nanoteknologi dan bahan lestari serta melahirkan graduan yang kompeten, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan industri.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Ijazah Sarjana Muda / Tahap 6 / Setaraf
Tempoh Pengajian
6 Semester
Prospek Kerjaya
Graduan program Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bahan dan Metalurgi) dengan Kepujian berpeluang membina kerjaya sebagai Juruteknologi Bahan (Materials Technologist), Ahli Metalurgi (Metallurgist), Penganalisis Bahan (Materials Analyst), Pegawai Kawalan dan Jaminan Kualiti (QA/QC Officer), Pegawai Penyelidikan dan Pembangunan (R&D Officer) serta Pakar Pengujian Bahan (Materials Testing Specialist). Peluang kerjaya merangkumi sektor pembuatan, automotif, aeroangkasa, semikonduktor, minyak dan gas, industri logam serta penyelidikan dan pembangunan teknologi bahan termaju.

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
Alamat
Pusat Pengurusan Akademik, Aras 3, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Kampus Alam Unimap Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
Negeri
PERLIS
Penyelaras
Ketua Bahagian Pengurusan Dasar TVET
Telefon
+604-9414065
Emel
amc@unimap.edu.my
Laman Web
https://www.unimap.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
fktk.unimap.edu.my
;