Kursus TVET

DIPLOMA IN CHEMICAL ENGINEERING TECHNOLOGY

UR4524001

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) , PERLIS

Pengenalan Kursus

Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia merupakan program pengajian selama 2.5 tahun yang merangkumi empat semester utama dan dua semester pendek dengan jumlah 94 kredit, direka bentuk bagi memenuhi keperluan tenaga kerja teknikal berkemahiran tinggi selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). Kurikulum program memberikan penekanan terhadap penguasaan termodinamik, pemindahan jisim, operasi loji, teknologi pemprosesan kimia dan amalan kelestarian industri. Program ini diiktiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) dan Majlis Akreditasi Teknologi Kejuruteraan (ETAC) bagi memastikan graduan memenuhi piawaian profesional industri. Graduan dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran praktikal untuk menceburi sektor semikonduktor, petrokimia, oleokimia, pembuatan berteknologi tinggi serta rawatan air sisa, di samping menyokong pelaksanaan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta pembangunan ekonomi hijau negara.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
6 Semester
Prospek Kerjaya
Graduan program Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia berpeluang membina kerjaya sebagai Juruteknik Proses (Process Technician), Juruteknik Pengeluaran (Production Technician), Juruteknik Kejuruteraan (Engineering Technician), Juruteknik Operasi Loji (Plant Operation Technician), Juruteknik Makmal (Laboratory Technician), Juruteknik Rawatan Air Sisa (Wastewater Treatment Technician) dan Juruteknik Kawalan Kualiti (Quality Control Technician). Peluang kerjaya merangkumi sektor petrokimia, oleokimia, semikonduktor, pembuatan, pemprosesan kimia, tenaga serta pengurusan alam sekitar dan teknologi hijau.

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
Alamat
Pusat Pengurusan Akademik, Aras 3, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Kampus Alam Unimap Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
Negeri
PERLIS
Penyelaras
Ketua Bahagian Pengurusan Dasar TVET
Telefon
+604-9414065
Emel
amc@unimap.edu.my
Laman Web
https://www.unimap.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
fktk.unimap.edu.my
;