
Kursus TVET
Diploma Keusahawanan
DEN
Pengenalan Kursus
Diploma Keusahawanan di Politeknik direka untuk menghasilkan pencipta kerja dengan
Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keusahawanan. Ia dibangunkan dengan pengalaman pendidikan bersepadu dalam bidang disiplin, bidang dan sub-bidang kemahiran keusahawanan seperti Asas Keusahawanan, Kepimpinan dalam Keusahawanan, Pembangunan Keusahawanan Digital dan Pengurusan Perniagaan untuk usahawan. Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam keseluruhan aspek perniagaan seperti Prinsip Perakaunan, Prinsip Ekonomi, Prinsip Pemasaran dan Undang-Undang Perniagaan.
Melalui program ini pelajar juga diajar kemahiran komunikasi dan pembangunan interpersonal untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam komunikasi dan lain-lain aspek kemahiran insaniah. Program ini juga member penekanan kepada pelajar dengan pemahaman yang mendalam tentang asas perniagaan, aspek operasi keusahawanan dan bagaimana untuk memenuhi keperluan sebagai seorang usahawan yang berjaya.
Selain itu, pelajar juga diberi pendedahan untuk membangunkan perniagaan sendiri yang merangkumi langkah pemulaan, pembiayaan modal dan incubator perniagaan. Oleh itu graduan Diploma Keusahawanan akan bersedia untuk menghadapi cabaran dan persaingan dalam dunia perniagaan.
Maklumat Latihan TVET
• Usahawan
• Intrapreneur
• Usahawan francais
• Perunding
• Pelabur
• Jurulatih dalam pembangunan keusahawanan
• Pengurusan di perusahaan kecil dan sederhana serta syarikat multinasional
• Sektor swasta
Syarat Kelayakan
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.