Kursus TVET

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Perkhidmatan Bangunan) dengan Kepujian

BNB

Pengenalan Kursus

Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Perkhidmatan Bangunan) dengan Kepujian (BNB) bertujuan untuk melahirkan graduan yang kompeten, berdikari, dan matang bagi memenuhi keperluan negara terhadap profesional dan pakar berkemahiran dalam bidang teknologi kejuruteraan awam, sama ada di sektor awam, swasta, atau sebagai usahawan. Program ini direka selaras dengan visi dan misi universiti. Melalui program ini, graduan diharapkan menjadi sebahagian daripada tenaga kerja yang akan memacu pembangunan negara. Hal ini dapat dicapai melalui penyediaan kursus yang menekankan teknologi baharu, merangkumi teori serta kemahiran praktikal yang diperlukan dalam bidang ini. Selain itu, pelajar program ini turut didedahkan kepada pelbagai aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran insaniah mereka.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Ijazah Sarjana Muda / Tahap 6 / Setaraf
Tempoh Pengajian
48 Bulan
Prospek Kerjaya
Ahli Teknologi Kejuruteraan Awam
Jurutera Awam
Pengurus Projek
Pengurus Tenaga
Pengurus Fasiliti
Ahli Teknologi Kejuruteraan Alam Sekitar
Ahli Teknologi Perkhidmatan Bangunan
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Ahli Teknologi Pembinaan
Pegawai Penyelidik
Ahli Akademik

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) KAMPUS CAWANGAN PAGOH
Alamat
Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, KM1, Jalan Panchor
Negeri
JOHOR
Penyelaras
Dr. Abul Khair Bin Anuar
Telefon
07-4537302
Emel
cad@uthm.edu.my
Laman Web
www.uthm.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Laman Sesawang:
https://ftk.uthm.edu.my/
;