Kursus TVET

Diploma Kejuruteraan Mekanikal

DAM

Pengenalan Kursus

Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal dirangka untuk melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan industri dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Program ini membekalkan pengetahuan teori dan kemahiran teknikal yang diperlukan bagi melaksanakan tugas dalam sektor awam, swasta, atau sebagai usahawan dalam bidang berkaitan. Selain itu, program ini turut menyediakan laluan pendidikan yang kukuh bagi pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di universiti dalam dan luar negara.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
33 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan program ini mempunyai pelbagai peluang kerjaya dalam bidang kejuruteraan mekanikal termasuklah dalam industri pembuatan, industri automotif, industri minyak dan gas, loji kuasa dan pemprosesan, industri pembinaan dan industri berat. Persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan penekanan kepada kemahiran teknikal dan praktikal membolehkan graduan menceburi bidang pekerjaan berikut:

- Pembantu Jurutera
- Juruteknik Mekanikal
- Inspector of Work (IOW)
- Pelukis Pelan (Draughtsman)
- Penyelia Industri
- Pegawai Teknikal di agensi kerajaan seperti JKR, PBT, dan lain-lain
- Pembantu Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Safety & Health Officer Assistant)
- Usahawan dalam bidang berkaitan

Selain itu, graduan juga berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dalam bidang kejuruteraan mekanikal atau disiplin berkaitan di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) KAMPUS CAWANGAN PAGOH
Alamat
Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, KM1, Jalan Panchor
Negeri
JOHOR
Penyelaras
Dr. Abul Khair Bin Anuar
Telefon
07-4537302
Emel
cad@uthm.edu.my
Laman Web
www.uthm.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Laman Sesawang:
https://ceds.uthm.edu.my/program/program-ditawarkan/diploma-kejuruteraan-mekanikal
;