
Kursus TVET
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Sistem Elektronik) dengan Kepujian
UR6523007
Pengenalan Kursus
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Kepujian)(Sistem Elektronik) ialah program yang ditawarkan di bawah Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektronik. Kurikulum program yang telah direka bentuk adalah bertujuan untuk menjadikan keperluan ilmu teknologi kejuruteraan berkemahiran tinggi selari dengan aspirasi Pelan Induk Perindustrian Malaysia. Program ini memberi tumpuan kepada pendedahan industri, melalui penglibatan secara langsung dengan sektor perindustrian. Program empat tahun ini memberi penekanan kepada reka bentuk litar bersepadu (IC) dan fabrikasi IC dengan merangkumi teknologi semikonduktor, teknologi proses fabrikasi mikro, kebolehpercayaan mikroelektronik dan analisis kegagalan. Selain itu, program ini juga meliputi ujian semikonduktor, Sistem Mikro-Elektro-Mekanikal (MEMS) dan pembungkusan IC.