
Kursus TVET
Diploma Kejuruteraan Elektrik
UR4522001
Pengenalan Kursus
Program ini komited dalam melahirkan tenaga kerja separa mahir dengan pengetahuan yang kukuh dalam bidang Kejuruteraan Elektrik. Lulusan diploma dilatih untuk menjadi Penolong Jurutera Elektrik yang berkebolehan dalam melaksanakan tugas dalam pelbagai bidang, termasuk, tetapi tidak terhad kepada pengeluaran, pembinaan, penyelenggaraan, jualan, perundingan, pendidikan dan latihan. Dalam tempoh pengajian, graduan akan didedahkan kepada penggunaan peralatan, setara dalam industri. Graduan juga mampu melaksanakan tugas pengurusan yang memerlukan kebolehan untuk membuat pertimbangan yang teliti dan tepat. Graduan akan berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda di universiti tempatan atau luar negara dan layak menduduki peperiksaan kompetensi dengan Suruhanjaya Tenaga (ST).