
Kursus TVET
Diploma Kejuruteraan Mekatronik
UR4523001
Pengenalan Kursus
Diploma Kejuruteraan Mekatronik ditawarkan seiring dengan perkembangan pesat teknologi yang bertujuan melahirkan graduan mahir dan separa profesional yang boleh terus menyesuaikan diri dengan industri di Malaysia. Penting untuk mereka mempunyai ilmu yang boleh disepadukan dalam pelbagai bidang. Kurikulum untuk program ini direka bentuk supaya pelajar mempunyai keupayaan untuk mereka bentuk, mengendalikan dan menyelenggara peralatan elektrik & elektronik, mekanikal, perisian komputer dan teknologi maklumat. Selain daripada kursus teras kejuruteraan, pelajar juga diberikan kemahiran insaniah seperti etika, pengurusan, keusahawanan, komunikasi dan hubungan etnik. Graduan mempunyai prospek pekerjaan yang luas di syarikat swasta, industri, jabatan kerajaan dan badan berkanun. Ia meliputi bidang seperti kejuruteraan, pengeluaran, ujian dan bidang lain yang berkaitan. Antara industri yang terlibat adalah seperti Siemen VDO, Sony EMCS, Elna-Sonic, Sanyo Electronics, Schott Glass, Action Industries dan lain-lain. Selain itu, pelajar juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik atau Mekanikal yang ditawarkan di mana-mana universiti tempatan atau universiti di luar negara.