Kursus TVET

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pemprosesan Bahan) dengan Kepujian

UR6543001

Pengenalan Kursus

Objektif program ini adalah untuk melahirkan graduan yang berkemahiran, berdaya saing, dan mempunyai pengetahuan yang kukuh berasaskan bidang teknologi kejuruteraan pemprosesan bahan. Graduan akan mempunyai keupayaan untuk menunjukkan diri sebagai seorang ahli teknologi kejuruteraan yang berpengetahuan dan berbakat dalam kemahiran menyelesaikan masalah, di samping pemprosesan bahan, pencirian, dan ujian dalam bidang teknologi pemprosesan bahan. Kursus-kursus disampaikan berdasarkan pendekatan praktikal yang merangkumi empat bidang utama iaitu pemprosesan logam, pemprosesan polimer, pembungkusan elektronik, dan pemprosesan seramik, serta prinsip dalam ekonomi dan pengurusan. Program ini telah direka bentuk untuk memupuk ahli teknologi kejuruteraan bahan yang komited terhadap kepentingan pembelajaran sepanjang hayat dan penambahbaikan berterusan. Justeru, menjunjung kepentingan profesionalisme dan etika profesion pemprosesan bahan untuk membentuk masyarakat yang berbudaya dan maju.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Ijazah Sarjana Muda / Tahap 6 / Setaraf
Tempoh Pengajian
48 Bulan
Prospek Kerjaya
Prospek kerjaya bagi siswazah Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pemprosesan Bahan) dengan Kepujian termasuk peluang pekerjaan sebagai jurutera pemprosesan bahan, pakar proses industri, jurutera pengeluaran, jurutera penyelesaian masalah, jurutera kualiti, penyelidik dalam bidang pemprosesan bahan, pengurus projek dalam industri pemprosesan, pakar keselamatan dan kesihatan pekerjaan, serta peluang untuk meneruskan pengajian ke peringkat sarjana atau kesarjanaan.

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
Alamat
Pusat Pengurusan Akademik, Aras 3, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Kampus Alam Unimap Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
Negeri
PERLIS
Penyelaras
Ketua Bahagian Pengurusan Dasar TVET
Telefon
+604-9414065
Emel
amc@unimap.edu.my
Laman Web
https://www.unimap.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
https://ftkm.unimap.edu.my/study/
;