
Kursus TVET
Sarjana Muda Teknologi Automotif dengan Kepujian
UR6525001
Pengenalan Kursus
Program ini menawarkan penekanan dalam bidang teknologi automotif dengan tiga fokus utama, iaitu pembuatan automotif, penyelenggaraan kenderaan, dan pengubahsuaian reka bentuk kenderaan. Dalam program ini, pelajar memiliki peluang untuk memilih pengkhususan atau kepakaran, seperti kepakaran diagnosis kenderaan atau kepakaran pengubahsuaian reka bentuk kenderaan. Sepanjang pengajian, para pelajar akan diperkenalkan dengan pelbagai teknologi canggih dalam industri automotif, termasuk percetakan 3D, Augmented Reality, Virtual Reality, kenderaan elektrik, dan kenderaan tanpa pemandu, yang selaras dengan Revolusi Perindustrian Ke-4 yang sedang berlaku. Program ini membekalkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan untuk bergerak maju dalam bidang yang berkembang pesat ini.
Maklumat Latihan TVET
Eksekutif Reka Bentuk Kenderaan
Pereka Bentuk Bantuan Komputer (CAD)
Juruteknik
Eksekutif Analisis Kenderaan
Eksekutif Pengeluaran Kenderaan
Eksekutif Pengujian
Pegawai Teknologi