
Kursus TVET
Diploma Kejuruteraan Pembuatan
UR4540001
Pengenalan Kursus
Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir dan berpengetahuan dalam bidang Kejuruteraan Pembuatan selaras dengan keperluan terkini industri. Struktur kurikulum yang dibangunkan adalah berdasarkan beberapa bidang utama iaitu mekanik gunaan, reka bentuk, pembuatan dan sistem pembuatan di samping kursus universiti yang menerapkan kemahiran insaniah seperti kemahiran komunikasi, pengurusan, dan keusahawanan. Pelajar juga akan didedahkan dengan Revolusi Industri 4.0 khususnya Internet of Things (IOT) selaras dengan keperluan terkini industri. Justeru, kemahiran dan pengetahuan yang diterapkan akan melahirkan penolong jurutera yang boleh menangani pelbagai cabaran sektor industri. Selain bidang pekerjaan, pelajar juga berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan pembuatan.