
Kursus TVET
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
DAD
Pengenalan Kursus
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) di Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia direka untuk meliputi disiplin yang luas dalam Bidang Kejuruteraan Mekanikal dengan subjek pengkhususan tambahan dalam Bidang Kejuruteraan Automotif. Kursus teras yang ditawarkan termasuk Mekanik Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, “Workshop Technology, Computer Aided Design”, Thermodinamik, Mekanik Bendalir, Sains Bahan, Bengkel Kejuruteraan Mekanikal 1, Teknologi Elektrik dan “Strength of Material”. Kursus pengkhususan seperti Teknologi Kejuruteraan Automotif, Amalan Bengkel Kejuruteraan Automotif, Automotif Elektrik dan Elektronik, Enjin Pembakaran Dalaman, “Vehicle Dynamic, Workshop service Management” dan Projek Akhir. Kursus teras pula termasuk dalam program ini ialah Matematik Kejuruteraan, Sains Kejuruteraan, Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan dan Keusahawanan. Kursus-kursus wajib yang ditawarkan termasuk Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam, Komunikasi dan Penyiaran Islam, Pengajian Malaysia, Nilai Masyarakat Malaysia, Komunikasi Bahasa Inggeris dan Ko-kurikulum akan memberikan pelajar kemahiran interpersonal dan profesionalisme ke arah kerjaya mereka.
Maklumat Latihan TVET
• Penyelia Kilang
• Pasukan Penasihat Perkhidmatan
• Pengurus Servis
• Penolong Pengurus Servis
• Penyelia Bengkel
• Pegawai Eksekutif Jualan
• Penasihat Perkhidmatan Servis
• Pegawai Perkhidmatan Selepas Jualan
Syarat Kelayakan
Butiran Penyedia Latihan TVET
25350 KUANTAN, PAHANG
Lain-lain Maklumat
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.