DIPLOMA TEKNOLOGI KOMPUTER SISTEM (DKM TAHAP 4)
G01
Pengenalan Kursus
Kursus yang ditawarkan akan memberikan pendedahan kepada pelajar dalam bidang sistem komputer, di mana pelajar akan mempelajari teori (40%) dan praktikal (60%). Mereka akan diperkenalkan kepada teknologi terkini dalam sistem komputer dan dilatih untuk kerjaya. Mereka yang mengikuti kursus teknologi komputer (sistem) akan mempelajari teknik pentadbiran sistem rangkaian seperti Windows Server dan Linux, sistem komputer lanjutan serta proposal, pelaksanaan, pentadbiran, dan dokumentasi rangkaian. Sebagai faedah kepada pelajar, mereka juga akan dilatih untuk mengembangkan pangkalan data mudah dan pengaturcaraan agar dapat menjalankan projek pengaturcaraan mudah. Pada akhir program, pelajar akan diuji melalui projek tahun akhir yang berkaitan dengan industri dan menjalani latihan industri sebagai syarat prasiswazah untuk mendapatkan Diploma Teknologi Komputer (Sistem). Selepas menamatkan tahap diploma (DKM), pelajar berpeluang untuk melanjutkan pengajian di pelbagai institusi awam dan swasta dalam bidang berkaitan. Terdapat peluang pekerjaan di sektor swasta dan kerajaan bagi mereka yang menamatkan kursus ini dengan kejayaan.
Maklumat Latihan TVET
⦁ Penolong Jurutera Sistem
⦁ Pemprogram Komputer
⦁ Penolong Penganalisis Sistem
⦁ Juruteknik Sistem Komputer
⦁ Juruteknik Penyelenggaraan Komputer
⦁ Pentadbir Sistem Komputer
⦁ Juruteknik Rangkaian Komputer
⦁ Pnetadbir Rangkaian Komputer
⦁ Perekabentuk Laman web (Web Developer)
⦁ IT Technical Support
⦁ IT Executive
⦁ Software Developer
Syarat Kelayakan
Umur
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
Warganegara
Kelayakan Akademik
Operasi Sistem Komputer [IT-020-3:2013] Atau
Juruteknik Sistem Komputer [IT-020-3] Atau
Juruteknik Sistem Komputer [D-041-3] Atau
Juruteknik Sistem Komputer [D-040-3]
Syarat Am Kemasukan
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib)
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
🎉 Peluang pekerjaan selepas tamat latihan
🎉 Kemudahan penginapan disediakan
🎉 Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.