Kursus TVET

Diploma Kejuruteraan Awam

DRA

Pengenalan Kursus

Program Diploma Kejuruteraan Awam direka untuk menyediakan profesion kejuruteraan bagi melahirkan pembantu teknikal kejuruteraan awam yang mahir dan kompeten. Ia juga membuka jalan kepada pelajar untuk meneruskan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Ia menyediakan pelajar dengan asas yang kukuh bukan sahaja dalam konsep teori tetapi juga dalam kemahiran kejuruteraan. Program ini menawarkan pelajar pelbagai kursus kejuruteraan awam seperti struktur, kejuruteraan geoteknik, kejuruteraan lalu lintas dan lebuh raya, air dan air sisa dan pengurusan pembinaan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
33 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan UMPSA dilengkapi dengan kemahiran dalam bidang Kejuruteraan Awam dan kemahiran insaniah sebagai nilai tambah yang membolehkan mereka membina kerjaya sebagai:

- Penolong Jurutera awam
- Penolong Pengurus projek
- Penyelia tapak
- Kerani Kerja Civil & Struktur
- Sektor kerajaan

Syarat Kelayakan

1. Kelayakan Akademik
1.1 Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan mendapat sekurang‑kurangnya TIGA (3) KEPUJIAN (GRED C) termasuk Bahasa Melayu. Sekurang –kurangnya LULUS (GRED E) dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013.

Atau

1.2 Mendapat sekurang-kurangnya KEPUJIAN (GRED C) dalam mata pelajaran berikut : • Matematik Mendapat sekurang-kurangnya DUA (2) KEPUJIAN (GRED C) dalam mata pelajaran berikut: • Fizik / Kimia / Reka Cipta / Biologi / Asas Kelestarian / Pengajian Kejuruteraan Jentera/Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Lukisan Kejuruteraan / Grafik Komunikasi Teknikal / Sains / Sains Tambahan / Sains Pertanian / Information and Communication Technology / Kursus-kursus terkini kejuruteraan dan teknologi tertakluk kepada pindaan KPM. Mendapat sekurang-kurangnya LULUS (GRED E) dalam mata pelajaran berikut: • Bahasa Inggeris • Matematik tambahan Calon tidak buta warna dan tidak mempunyai kurang upaya Fizikal yang menyukarkan kerja amali.

Atau

1.3 Mendapat LULUS (GRED D / GRED E) dalam mata pelajaran berikut : • Matematik Mendapat sekurang-kurangnya LULUS ( GRED E) dalam mata pelajaran berikut : • Matematik Tambahan • Bahasa Inggeris Mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) KEPUJIAN (GRED C) dalam mata pelajaran berikut: • Fizik / Kimia / Reka Cipta / Biologi / Asas Kelestarian / Pengajian Kejuruteraan Jentera/Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Lukisan Kejuruteraan / Grafik Komunikasi Teknikal / Sains / Sains Tambahan / Sains Pertanian / Information and Communication Technology / Kursus-kursus terkini kejuruteraan dan teknologi tertakluk kepada pindaan KPM. Calon tidak mempunyai kurang upaya Fizikal yang menyukarkan kerja amali. Calon yang LULUS (GRED D ATAU GRED E) bagi matapelajaran Matematik peringkat SPM diwajibkan mengambil dan lulus kursus Matematik Khas pada semester pertama pengajian peringkat diploma.

Dan

2. Umur
2.1 Pemohon mestilah berumur

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 100


Dan

3. Syarat Khas Program
3.1 Calon tidak mempunyai kurang upaya Fizikal yang menyukarkan kerja amali.
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Dan

4. Warnanegara
4.1 Pemohon adalah terbuka kepada
Warganegara Malaysia Sahaja

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH
Alamat
26600 PEKAN, PAHANG
Negeri
PAHANG
Penyelaras
JABATAN HAL EHWAL AKADEMIK ANTARABANGSA, UMPSA
Telefon
09-424 5000
Emel
pro@ump.edu.my
Laman Web
www.ump.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Ketua Program Diploma Kejuruteraan Awam:

DR. AMIZATULHANI BINTI NGAH SAMAD @ ABDULLAH
amizatulhani@umpsa.edu.my
;