Kursus TVET

DIPLOMA IN INDUSTRIAL QUALITY ENGINEERING TECHNOLOGY

DIQE

GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE (GMI) , SELANGOR

Pengenalan Kursus

Program Diploma Teknologi Kualiti Perindustrian memberi tumpuan kepada aspek pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pemeriksaan dan pengurusan kualiti yang diperlukan oleh industri. Program ini bertujuan untuk melahirkan sumber manusia yang berkemahiran, berdaya saing, berfikiran saintifik, kreatif, cekap dan berkebolehan dalam menyelesaikan isu dan masalah kualiti di tempat kerja. Program ini membangunkan pelajar dengan kemahiran utama dalam bidang kualiti seperti aspek perancangan, pelaksanaan, penyemakan dan tindakan pembetulan terhadap masalah yang dihadapi oleh industri dalam mencapai sasaran mereka. Pelajar didedahkan kepada sistem standard serta kaedah penambahbaikan berterusan berdasarkan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM). Di samping mempelajari kursus asas, pelajar juga didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang penentukuran, dimensi geometri dan pemeriksaan toleransi, piawaian, pengauditan dan aspek analisis. Berdasarkan keperluan kualiti produk yang tinggi dan modal insan berkemahiran, program ini dilengkapi dengan peralatan termaju di makmal dan bengkel seperti Metrology & Coordinate Measuring Machine (CMM), Kalibrasi, Makmal Komputer (Perisian Kualiti), Makmal Pengujian Bahan dan Konvensional dan Berangka Komputer. Bengkel pemesinan Control (CNC).

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
6 Semester
Prospek Kerjaya
1. QA Assistant Engineer
2. Quality Assurance Supervisor
3. Quality Auditor
4. Quality Trainer
5. QA/QC Technician
6. Quality Control Assistant Engineer
7. Audit Assistant Executive
8. Quality Control Inspector
9. Assistant Industrial Engineer
10. Quality Management System (QMS) Coordinator
11. Measuring Technician
12. Process Improvement Coordinator

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Syarat Pilihan 1
Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kredit termasuk Matematik, satu (1) mata pelajaran berkaitan Sains/Teknikal/Vokasional dan satu (1) dari mana-mana mata pelajaran lain

1. Lulus SPM

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
1249 SEJARAH

2. Kredit Matematik dan salah satu (1) mata pelajaran kumpulan Sains/Teknikal/Vokasional

Matematik

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek
1449 MATEMATIK

Sains/Teknikal/Vokasional

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek
1511 SAINS
4531 FIZIK
4541 KIMIA
4551 BIOLOGI
3472 MATEMATIK TAMBAHAN
3759 LUKISAN KEJURUTERAAN
3761 PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM
3762 PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
3760 PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
7404 GRAFIK BERKOMPUTER
3771 GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL
3768 ASAS KELESTARIAN
3729 PERTANIAN
7403 PRODUKSI MULTIMEDIA
7405 PRODUKSI REKA TANDA
3763 REKA CIPTA
7407 REKA BENTUK GRAFIK DIGITAL
3770 SAINS KOMPUTER
3528 SAINS PERTANIAN
4572 SAINS SUKAN
4561 SAINS TAMBAHAN
3769 SAINS RUMAH TANGGA

3. Mana-mana mata pelajaran selain daripada Matematik

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : C

Subjek yang diterima:
Paparan mengikut keputusan SPM calon

Subjek Yang Dikecualikan:

Kod Subjek Subjek
1449 MATEMATIK
ATAU
Syarat Pilihan 2
Lulus Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu 1104, lulus Sejarah 1251, PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00, PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67 dan kompeten semua modul vokasional
PNG Keseluruhan : 2.00
PNG Akademik : 2.00
PNG Vokasional : 2.67
Kod Mata Pelajaran Mata Pelajaran Wajib/Pilihan Min Gred
1104 BAHASA MELAYU Wajib C
1251 SEJARAH Wajib L
ATAU
Syarat Pilihan 3
Lulus SKM Tahap 3 yang diiktiraf atau setaraf; dan Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya satu (1) kredit dalam mana-mana mata pelajaran; dan Tamat satu (1) tahun atau dua (2) semester program bridging
Memiliki Persijilan Kemahiran Malaysia Tahap 3 Atau Ke Atas
ATAU
Syarat Pilihan 4
(i) Lulus Sijil Kejuruteraan/Teknologi Kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setaraf; ATAU (ii) Lulus APEL.A T-4 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setaraf: ATAU (iii) Lulus IGCSE/O-Level dengan sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran, termasuk Matematik, satu (1) mata pelajaran lain berkaitan Sains/Teknikal dan satu (1) mana-mana mata pelajaran

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Mempunyai Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setaraf (MQF Level 3) Dari Malaysian Qualification Agency
Minimum CGPA : 2.00

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE (GMI)
Alamat
JALAN ILMIAH, TAMAN UNIVERSITI, 43000 KAJANG
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
Pn Nur Juwairiyah Saat
Telefon
03-8921 9450 / 9257
Emel
admission.gmi@gmi.edu.my
Laman Web
www.gmi.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
• Akreditasi Penuh MQA – Program mendapat akreditasi penuh daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA).
• Pembelajaran Berasaskan TVET – 70% latihan praktikal (hands-on) dan 30% pembelajaran teori.
• Fasiliti Bertaraf Industri – Dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan terkini yang memenuhi keperluan industri.
• Pelbagai Pilihan Pembiayaan Pendidikan – Kemudahan pembiayaan seperti MARA, PTPTN, KWSP, Yayasan Negeri dan lain-lain*.
• Penginapan Asrama Disediakan – Kemudahan asrama disediakan untuk pelajar*.
• Peluang Melanjutkan Pengajian – Laluan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di dalam dan luar negara*.
• Kebolehpasaran Graduan Tinggi – Kadar kebolehpasaran graduan sehingga 97% dalam industri.
• Jaringan Industri – Kerjasama yang kukuh dengan lebih 700 rakan industri, termasuk syarikat-syarikat Jerman di Malaysia.
• Lokasi Strategik – Kampus terletak di lokasi strategik dengan akses kepada pelbagai kemudahan pengangkutan awam.

NOTA PENTING:
Tawaran kemasukan ke GMI adalah berdasarkan kelayakan akademik yang memenuhi syarat minimum kemasukan yang ditetapkan. Namun, kelayakan untuk mendapatkan pembiayaan pendidikan adalah tertakluk sepenuhnya kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan serta kelulusan oleh pihak penaja. Syarat kelayakan pembiayaan boleh disemak melalui laman web GMI.

AMBILAN KEMASUKAN: 2 KALI SETAHUN (JANUARI & JULAI)

*Tertakluk kepada terma dan syarat semasa.
;