Kursus TVET

Diploma Ukur Bahan

DUB

Pengenalan Kursus

Program pengajian Diploma Ukur Bahan ini direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan tingkah laku yang diperlukan dalam bidang ukur bahan. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pengajian ini dijalankan di kampus dan di industri pembinaan yang meliputi skop kerja di dalam pengukuran dan penilaian kuantiti binaan-binaan berdasarkan reka bentuk struktur binaan. Program pengajian ini membentuk pelajar memahami pengetahuan dan kemahiran asas dalam ukur kuantiti bahan seperti membaca lukisan pelan, penggunaan bahan dan teknologi binaan,menulis speksifikasi bahan binaan dan mengira anggaran kos perbelanjaan pembinaan, pengurusan kontrak dan projek pembinaan, undang-undang dan amalan profesional. Kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar supaya mereka dapat berkomunikasi, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan dengan penuh bertanggungjawab dan berkesan.Segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar amat berguna untuk membina kerjaya ataupun melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang ukur bahan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Peluang pekerjaan pelajar selepas menamatkan pengajian dengan Diploma Ukur Bahan adalah seperti berikut:

- Pembantu Jurukur Bahan
- Penilai Kuantiti Binaan
- Penolong Pengurus Kontrak
- Penolong Pengurus Projek
- Pegawai Penilaian Bangunan
- Penyelia Tapak

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
POLITEKNIK KOTA BHARU
Alamat
KM 24, KOK LANAS, 16450, KETEREH, KELANTAN
Negeri
KELANTAN
Penyelaras
-
Telefon
09-7889126
Emel
i@pkb.edu.my
Laman Web
https://pkb.mypolycc.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Syarat Lain Kemasukan
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.
;