Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus Hospitaliti dan Pelancongan direka untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai aspek pengurusan dan operasi dalam industri perhotelan, perkhidmatan pelanggan, pengurusan acara, serta sektor pelancongan tempatan dan antarabangsa. Peserta akan mempelajari kemahiran komunikasi, etika kerja, pengendalian tetamu, perkhidmatan makanan dan minuman, serta asas pengurusan pelancongan dan destinasi.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
2 Bulan
Prospek Kerjaya
Kakitangan Hotel & Resort
– Seperti penyambut tetamu, pegawai khidmat pelanggan, penyelia bilik, dan pegawai perhubungan tetamu.

Pemandu Pelancong / Pegawai Pelancongan
– Memberi penerangan dan mengiringi pelancong ke tempat menarik.

Perancang Acara / Pengurus Majlis
– Mengurus acara seperti persidangan, seminar, majlis perkahwinan dan korporat.

Usahawan Pelancongan dan Homestay
– Menjalankan perniagaan inap desa, pengurusan pakej pelancongan, atau perkhidmatan pengangkutan pelancong.

Pegawai Perkhidmatan Makanan & Minuman
– Bekerja di restoran, kafe, hotel atau katering sebagai pelayan, penyelia atau pengurus outlet.

Pegawai Tempahan & Tiket
– Bekerja di agensi pelancongan atau syarikat penerbangan mengurus tempahan dan jadual perjalanan.

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PUSAT PEMULIHAN PENAGIHAN NARKOTIK (PUSPEN) VOKASIONAL SEPANG
Alamat
JALAN WARISAN INDAH, KOTA WARISAN, 43900 SEPANG, SELANGOR
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
Telefon
03-8706 0195 / 2949
Emel
pengarah_sepang@aadk.gov.my
Laman Web
adk.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
dijalankan di puspen sepang
;