
Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Perkayuan (WISDEC) Sabah menawarkan Program Latihan Belia iaitu, Sijil Operasi Pembuatan Perabot (RB050) Tahap 3 yang dijalankan secara sepenuh masa selama 8 bulan di WISDEC Sabah. Pengambilan pelatih dilakukan sekali setahun dengan mensasarkan belia daripada lepasan sekolah, individu yang belum bekerja, pekerja dalam industri perkayuan dan mana-mana individu yang berminat dalam bidang perkayuan.
Objektif program ini adalah untuk memberi latihan kemahiran kepada belia tempatan dalam bidang operasi pemesinan kerja kayu dan pembuatan perabot dan seterusnya menjadi sebahagian daripada tenaga kerja tempatan dalam sektor perkayuan. Ini adalah sejajar dengan Hasrat Kerajaan dalam memperkasakan TVET dan mengurangkan kebergantungan negara kepada tenaga kerja asing. Modul program ini memberi focus dan pendedahan kepada latihan kemahiran dalam operasi pemesinan kerja kayu dan pembuatan perabot pada nisbah (70:30) iaitu 70% praktikal dan 30% teori. Kursus yang dijalankan adalah mengikut kurikulum daripada National Occupational Skills Standard (NOSS) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
Maklumat Latihan TVET
• Pemprosesan kayu
• Pembuatan dan pemprosesan perabot
• Agensi kerajaan yang berkaitan
•Usahawan
Syarat Kelayakan
Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 35
Dan
Operasi Pembuatan Perabot [RB-050-2:2012]
Dan
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
ii. Elaun sara diri disediakan (RM500/bulan dan makan minum).
iii. Kemudahan penginapan dan pengangkutan sepanjang tempoh latihan.
iv. Kelengkapan kursus