Kursus TVET

Sarjana Muda Sains (Teknologi Makanan) dengan Kepujian

BWD

Pengenalan Kursus

Sarjana Muda Sains (Teknologi Makanan) dengan Kepujian adalah program sepenuhmasa selama 4 tahun (8 semester) di bawahJabatan Teknologi dan Sumber Semulajadi. Program ini menawarkan 128 kredit secarakeseluruhan, termasuk kursus teras dan elektif. Program ini mengamalkan pendidikanberdasarkan hasil dengan menggunakankaedah pembelajaran berpengalaman, pembelajaran berdasarkan masalah, pembelajaran berdasarkan projek, kajian kes, kuliah, dan praktikal. Kurikulum program initelah direka seiring dengan perkembanganteknologi, keperluan dan haluan semasaindustri makanan bagi melahirkan graduanyang berpengetahuan dan berkemahiran dalambidang sains dan teknologi makanan. Program teknologi makanan melibatkan pelbagaikursus teras seperti biokimia makanan, mikrobiologi makanan, pemprosesan dan pengawetan makanan, kejuruteraan makanan, kawalan keselamatan dan kualiti makanan, pemasaran produk makanan dan makananhalal. Kursus-kursus ini dirangka dengan telitiuntuk memberikan pemahaman menyeluruhmengenai prinsip dan teknologi yang terlibatdalam penghasilan, pemprosesan, dan penyimpanan produk makanan. Selain itu, program ini juga menawarkan pelbagai kursus elektif seperti bioteknologi makanan, aditifdan ramuan makanan, teknologi produkminuman, teknologi produk susu dan tenusu, teknologi produk minyak dan lemak sertateknologi produk bakeri yang mendedahkanpelajar kepada kepelbagaian prinsip, teknologidan inovasi yang terlibat dalam penghasilan produk makanan yang selamat, berkualititinggi, dan berkhasiat

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Ijazah Sarjana Muda / Tahap 6 / Setaraf
Tempoh Pengajian
48 Bulan
Prospek Kerjaya
Pembantu Mikrobiologi
Penolong Pengawai Penyelidikan Gred Q29
Penolong Pengawai Teknologi Makanan Gred Q29
Penyelia Jaminan Kualiti Makanan
Eksekutif Pengeluaran
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Perunding

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) KAMPUS CAWANGAN PAGOH
Alamat
Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, KM1, Jalan Panchor
Negeri
JOHOR
Penyelaras
Dr. Abul Khair Bin Anuar
Telefon
07-4537302
Emel
cad@uthm.edu.my
Laman Web
www.uthm.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Laman Sesawang:
https://fast.uthm.edu.my/programmes/undergraduate-programmes/bwd/
;