Kursus TVET

Diploma Teknologi Makanan Pengurusan Halal

DMH

Pengenalan Kursus

DIPLOMA TEKNOLOGI MAKANAN PENGURUSAN HALAL telah dibangunkan untuk melahirka n graduan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi makanan dan pengurusan Halal dalam usaha untuk memenuhi peningkatan permintaan di industri Halal, sector kerajaan dan juga untuk menjadi usahawan dalam bidang industry makanan Halal.

Struktur program member tumpuan kepada Pemprosesan Makanan, Sains Makanan, Kawalan Mutu Makanan, Analisis Makanan, Mikrobiologi Makanan, Prinsip & Amalan Halal, Sistem Pengurusan Halal, Audit Halal, Pensijilan Halal, Keperluan Perundangan Halal dan kursus elektif.Graduan juga akan memiliki Sijil Eksekutif Halal yang diiktiraf JAKIM.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Para graduan berpeluang untuk mendapat pekerjaan dalam beberapa sektor pekerjaan seperti institusi pendidikan, industri makanan, syarikat-syarikat bioteknologi, pusat penyelidikan, sektor kerajaan contohnya Jabatan Agama Islam Negeri, JAKIM, Jabatan Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pertanian, MARDI, FAMA, MPOB, SIRIM, Jabatan Sumber Manusia dan sektor swasta seperti industri makanan, rangkaian makanan segera, hotel, restoran, industrioleo kimia, industri pengeluaran dan industri pembungkusan. Pekerjaan yang berpotensi termasuklah:

- Penolong Pengurus/Eksekutif Pengeluaran
- Ahli Jawatankuasa Halal
- Auditor/Penolong Auditor Halal
- Instruktor/Jurulatih Kursus Halal
- Eksekutif Halal
- Koordinator Halal
- Penolong Pengurus/Eksekutif Kawalan Kualiti
- Penolong Pengurus/Eksekutif/Penyelia Jaminan Mutu
- Ketua Auditor/Auditor/Auditor Dalaman QMS
- Penolong Penganalisa/Teknologi Makanan
- Penolong Pegawai Penyelidik
- Usahawan
- Penolong Pengurus/Eksekutif Operasi
- Pengurus/Penolong Pengurus/ Eksekutif Restoran/Outlet Manager

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
Alamat
SEMAMBU
25350 KUANTAN, PAHANG
Negeri
PAHANG
Penyelaras
FAZURA BINTI MINHAD
Telefon
09-5655300
Emel
pro@polisas.edu.my
Laman Web
http://www.polisas.edu.my/portalpkp/index.php

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Syarat Lain Kemasukan
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.
;