Some placeholder content for the first collapse component of this multi-collapse example. This panel is hidden by default but revealed when the user activates the relevant trigger.
Aktiviti TVET

MESYUARAT MAJLIS PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL NEGARA (MTVET) BIL. 3/2023 DAN MAJLIS PERTUKARAN DOKUMEN MEMORANDUM KERJASAMA ANTARA KERAJAN DENGAN SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN (GLC) DAN SYARIKAT SWASTA

5 October 2023

PUTRAJAYA, 5 Oktober – YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pendidikan Dan Latihan Teknikal Dan Vokasional Negara (MTVET) BIL. 3/2023 serta menyaksikan Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Kerjasama Transformasi Program TVET Antara Kerajan Bersama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) DAN Syarikat Swasta yang bertempat di Zenith Hotel, Putrajaya.

Mesyuarat dihadiri oleh ahli MTVET melibatkan barisan Menteri daripda 12 Kementerian berkaitan TVET, tokoh industri, dan tokoh akademia.

Empat inisiatif pemerkasaan TVET telah dibincangkan iaitu permohonan program TVET secara Single Window (UPTVET), pengoperasian Badan Koordinasi TVET Kerajaan Industri (GITC), pelaksanaan Program Asasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (ASASI TVET) di Politeknik Malaysia serta Program Akademi Dalam Industri (AiI) untuk melonjakkan produktiviti.

Mesyuarat menekankan rasionalisasi program TVET, peningkatan standard, kurikulum, dan kompetensi tenaga pengajar untuk menyokong pertumbuhan industri. Fleksibiliti dalam pelaksanaan program TVET, seperti Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), Academy in Industry (AiI), dan program-program modular, dibincangkan untuk menarik lebih ramai peserta dan memenuhi keperluan pembelajaran.

Pada sebelah petang, YAB Timbalan Perdana Menteri berbesar hati menyaksikan Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Kerjasama Antara Kerajaan dengan Syarikat Berkaitan Kerjaan (GLC) dan Syarikat Swasta. Sebanyak 17 buah syarikat swasta dan GLC pelbagai industri terlibat dalam pertukaran dokumen memorandum ini antaranya Tenaga Nasional Berhad, MRCB, Mydin, Genting Plantation, L’oreal Malaysia, Heinemann Malaysia, Panasonic, Prolintas, Micron Memory Malaysia, Texchem Resources, Cenergi SEA, Simewood Product, Aerodyne, MAG Auto, AKE Wood-Tech, Suria Capital dan Amkor Technology.

Memorandum kerjasama ini akan menjadi pintu masuk kepada GLC dan syarikat swasta untuk menjalin kerjasama bersama institusi atau agensi dan Kementerian TVET yang berkaitan berdasarkan kesesuaian bidang dan skop yang dipersetujui secara bersama.

YAB Timbalan Perdana Menteri juga turut menyampaikan watikah pelantikan ahli Majlis TVET Negara (MTVET) dan ahli High Level Committee (HLC) MTVET kepada Menteri dan KSU bagi 12 Kementerian berkaitan serta beberapa tokoh akademia dan industri yang terpilih.

Portal Rasmi TVET MADANI © 2024 Hak Cipta Terpelihara