Some placeholder content for the first collapse component of this multi-collapse example. This panel is hidden by default but revealed when the user activates the relevant trigger.
Aktiviti TVET

MESYUARAT MAJLIS PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL NEGARA (MTVET) BIL. 2/2023 DAN MAJLIS PELANCARAN PORTAL TVET MADANI, DAN PERTUKARAN DOKUMEN MEMORANDUM KERJASAMA TRANSFORMASI PROGRAM TVET ANTARA KERAJAN BERSAMA SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN (GLC) DAN SYARIKAT SWASTA

27 June 2023

PUTRAJAYA, 27 Jun – YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi telah mempengerusikan mesyuarat MAJLIS PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL NEGARA (MTVET) BIL. 2/2023 serta merasmikan MAJLIS PELANCARAN PORTAL TVET MADANI, DAN PERTUKARAN DOKUMEN MEMORANDUM KERJASAMA TRANSFORMASI PROGRAM TVET ANTARA KERAJAN BERSAMA SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN (GLC) DAN SYARIKAT SWASTA yang bertempat di Everly Hotel, Putrajaya.

Mesyuarat telah bersetuju dengan perubahan tadbir urus Majlis TVET Negara yang meliputi struktur lebih ringkas, keanggotaan fleksibel, dan berpaksikan kepada penyelesaian masalah berfokus bagi membolehkan pelaksanaan inisiatif lebih jelas dan berstruktur oleh semua pihak berkepentingan. Selain itu juga, Mesyuarat turut membincangkan langkah-langkah wajar bagi penambahbaikan berterusan ekosistem TVET secara menyeluruh termasuk rasionalisasi program TVET secara spesifik di setiap Kementerian berkaitan TVET berdasarkan kepada data permintaan dan kebolehpasaran.

Manakala, inisiatif pembangunan Portal TVET Madani dan Data Raya TVET adalah bagi tujuan pemusatan dan pengintegrasian data merentasi semua pemegang taruh TVET seperti digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) telah dibentang dalam Mesyuarat sebagai salah satu quick win penambahbaikan ekosistem TVET. Penyelarasan data secara komprehensif merangkumi elemen seperti profil institusi, program, pelajar, dan tenaga pengajar ini dapat membantu Kerajaan meneliti landskap TVET negara secara lebih holistik dan seterusnya menjadi asas kepada pembangunan dasar yang efektif.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Sumber Manusia Yb Tuan V.Sivakumar, Menteri Belia dan Sukan Yb Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, Menteri Kerja Raya Yb Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, serta Wakil-wakil industri.

Portal Rasmi TVET MADANI © 2024 Hak Cipta Terpelihara