Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program Diploma Teknologi Mekatronik diwujudkan bagi memenuhi keperluan meluas pekerja mahir dalam pelbagai sektor industri. Bidang ini menggabungkan latihan dalam bentuk teori dan praktikal yang mengandungi 3 disiplin utama iaitu mekanikal, elektrikal & elektronik serta kawalan aturcara. Pelajar akan didedahkan secara mendalam berkaitan komponen asas elektrikal & elektronik, motor, sensor, mikropengawal, Programmable Logic Controller(PLC), komponen pneumatik dan hidraulik, rekabentuk komponen mekanikal dan pengaturcaraan sistem kawalan. Di akhir program, pelajar dijangka akan dapat menguasai kemahiran merekabentuk, memasang, mengaturcara dan menyelenggara sistem automasi industri seperti sistem berasaskan PLC dan industrial robotic arm.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Had Umur
1.1 Calon berumur antara

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35


Dan

2. Kelayakan Akademik
2.1 Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam SALAH SATU bidang berikut

Juruteknik Industri Pembuatan [H-170-3] Atau

Juruteknik Automasi Senior [H-176-3] Atau

Penyeliaan Kejuruteraan Automasi Industri [MC-091-3:2013] Atau

Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri [MC-091-3:2016]


Dan

3. Syarat Am Kemasukan
3.1 calon juga perlu memenuhi syarat berikut:
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)
Tempoh Pengajian
16 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan program Diploma Teknologi Mekatronik berpeluang menceburi kerjaya sebagai Penolong Jurutera/Juruteknik Sistem Mekatronik (Mechatronic System Assistant Engineer/Technician), Penolong Jurutera/Juruteknik Penyelenggaraan (Maintenance Assistant Engineer/Technician), Pengaturcara Sistem Automasi (Automation System Programmer), Juruteknik Pembuatan/Pengeluaran (Manufacturing/Production Technician), Penyelia/Juruteknik Bahagian (Line Supervisor/Technicion), Penyelia/Operator Mesin (Machine Supervisor/Operator), Penolong Pegawai Latihan Vokasional (Vocational Training Assistant Officer) dan lain-lain pekerjaan berkaitan.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS SHAH ALAM (ADTEC SHAH ALAM)
Alamat
LOT 5934, BATU 6
OFF JALAN BUKIT KEMUNING SEKSYEN 34
40470 SHAH ALAM SELANGOR
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
FAHERNIZAM BIN RUSSALI
Telefon
03-51675831/5832/5833
Emel
faherinizam@jtm.gov.my
Laman Web
www.adtecsa.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
🎉 Persijilan diiktiraf JPK
🎉 Peluang pekerjaan selepas tamat latihan
🎉 Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)
;