Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program ini menawarkan pembelajaran dan latihan yang berasaskan teori dan amali dalam bidang elektrik dan dijalankan secara usaha sama antara MARA dengan Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Pelajar yang tamat dengan jayanya akan dianugerahkan oleh MARA Diploma Kompetensi Elektrik dan Perakuan Kekompetenan sebagai Penjaga Jentera Elektrik (Sistem Voltan Rendah Tanpa Stesen Jana kuasa). Pengetahuan dan latihan yang dipelajari meliputi kerja-kerja amali gegas dan pendawaian elektrik serta pepasangan elektrik satu dan tiga fasa, prinsip operasi dan membaik pulih litar-litar elektrik samada litar analisis mahupun litar digital, memahami perjalanan, penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik, konsep pengubah dan penggunaan komersial motor elektrik serta memahami dan berupaya melakukan kerja-kerja elektrik yang melibatkan papan suis utama, kabel bawah tanah dan talian atas.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
24 Bulan
Prospek Kerjaya
Penolong Pengurus, Penyelia Juruteknik, Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman), Penyelia, Usahawan / Kontraktor Elektrik dan Penolong Pegawai Latihan Vokasional.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
TVETMARA SEBERANG PERAI UTARA (INSTITUT KEMAHIRAN MARA SEBERANG PERAI UTARA)
Alamat
LOT 398, JALAN ARA KUDA
TASEK GELUGOR, PULAU PINANG
Negeri
PULAU PINANG
Penyelaras
ZUHAIRA NASREEN BINTI ISKANDAR SHAH
Telefon
04-5732120
Emel
zuhaira@mara.gov.my
Laman Web
https://tvetmara.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN:

Melanjutkan pelajaran di IKM ke peringkat Diploma Lanjutan Kompetensi Elektrik (Penjanaan) -Penjaga Jentera Voltan rendah Kategori A4 Suruhanjaya Tenaga dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia Tahap 5 atau ke Peringkat Ijazah di Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN)
;