
Kursus TVET
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian)
DPT
Pengenalan Kursus
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian) dibangunkan untuk merangkumi pelbagai disiplin kejuruteraan mekanikal dengan member pengkhususan dalam bidang pertanian. Para pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan asas dalam bidang kejuruteraan mekanikal seperti kursus Lukisan Kejuruteraan, Rekabentuk Berbantu Komputer, Termodinamik, Pneumatik dan Hidraulik dan Amalan Bengkel Mekanikal (Kimpalan, Mesin dan Gegas). Ini akan menyediakan graduan yang berkebolehan di samping mengutamakan pengkhususan bidang pertanian. Pengkhususan bidang kejuruteraan pertanian adalah melibatkan kursus-kursus seperti Mekanisasi Pertanian, Amalan Mekanisasi Pertanian, Kejuruteraan Tanah, Kejuruteraan Air, Kejuruteraan Pemprosesan Pertanian dan Struktur Ladang, Biosistem dan Teknologi Pengurusan Sisa, Automasi dan Robotik dalam Pertanian yang ditawarkan sebagai nilai tambah dalam pengetahuan dan kemahiran bagi menyediakan pelajar dalam menghadapi cabaran kerjaya sebenar.
Maklumat Latihan TVET
• Juruteknik Mekanikal
• Pembantu Teknikal Kejuruteraan Pertanian
• Juruteknik Jentera Ladang
• Penyelia Perindustrian Lapangan di dalam Industri Pertanian
• Penyelia Ladang
• Penolong Pegawai Penyelidik
Selain itu, para pelajar daripada program ini berpeluang menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi dalam bidang yang bersesuaian.
Syarat Kelayakan
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.