Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi bekalan air dan pembentungan. Pelajar akan dilatih untuk mempunyai kemahiran bekerja secara individu serta berpasukan dalam menyokong kerja-kerja penyelenggaraan paip dan sistem pembentungan. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian. Pada penghujung program, pelajar turut akan memperolehi Sijil A1 yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
24 Bulan
Prospek Kerjaya
Kontraktor Perpaipan, Juruteknik dalam sektor awam dan swasta, Usahawan

Syarat Kelayakan

1. Taraf Warganegara
1.1 Warganegara
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. Taraf Bumiputera
2.1 Bumiputera
Calon Bumiputera Sahaja

Dan

3. LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
3.1 LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara

OPERASI PEMASANGAN PERPAIPAN DAN KUMBAHAN [F432-002-2:2017] Atau

FABRIKASI, PEMASANGAN & PENGUJIAN PERPAIPAN [TP-029-2:2014] Atau

Operasi Pemasangan Saluran Paip [H493-001-2:2019]


Dan

4. Umur
4.1 Umur mestilah sekurang-kurangnya 16 tahun sehingga 45 tahun

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 45


Dan

5. Tahap Kesihatan
5.1 Tidak menerima sebarang jenis Orang Kurang Upaya (OKU)
1. Sihat Tubuh Badan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN MARA SUNGAI PETANI
Alamat
JALAN BADLISHAH,
08000 SUNGAI PETANI,
KEDAH
Negeri
KEDAH
Penyelaras
NUR ZAHIDA ZAHRA BINTI JUNAIDIN
Telefon
04-4212382
Emel
uppsp@mara.gov.my
Laman Web
http://sgpetani.ikm.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di institusi pendidikan awam dan swasta seperti:

Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji Proses (Perpaipan) (KKTM Kemaman)
Diploma Teknologi Kejuruteraan Bangunan (KKTM Pasir Mas)
Diploma Teknologi Pembinaan (Forensik Bangunan dan Penyelenggaraan) (KKTM Sri Gading)

** ** Yuran pengajian dibiayai oleh MARA
;