Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program ini direkabentuk bagi melahirkan sumber manusia berpengetahuan dan cekap dalam teknologi automotif komersial yang berkebolehan dalam kemahiran teknikal bagi menyokong jurutera dan profesional lain yang terlibat dalam pembangunan, pembuatan dan ujian operasi, pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem automotif komersial. Pelajar didedahkan dengan pengetahuan yang berkaitan, kemahiran praktikal dan teknikal dalam mendiagnosis, membaiki dan menganalisis sistem teknologi automotif komersial. Kualiti kepimpinan yang cekap dan profesionalisme turut ditekankan. Pelajar digalakkan mempunyai sikap untuk mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat seiring perubahan teknologi automotif komersial terkini. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.

#Bas #Teksi #Kenderaan Perdagangan #Lori #Enjin Diesel #EV

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Penolong Jurutera, Juruteknik dalam sektor awam dan swasta, Usahawan Teknikal

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN MARA TAN SRI YAHAYA AHMAD (TSYA)
Alamat
KAWASAN PERINDUSTRIAN PERAMU JAYA,
Negeri
PAHANG
Penyelaras
ISMA ALWI BIN ISMAIL
Telefon
09 - 426 9401
Emel
marzukimr@mara.gov.my
Laman Web
http://ikmtsya.wixsite.com/ikmtsya

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti:

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) Dengan Kepujian (UTHM)
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) Dengan Kepujian (UTeM)
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) Mekanikal (Automotif) (UniKL MSI)
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) Penyelenggaraan Automotif (UniKL MFI)
Automotive Engineering BEng (Hons) (University of Surrey, UK)

** Yuran pengajian dibiayai oleh MARA
;