Kursus TVET

Diploma Insurans

DIN

Pengenalan Kursus

Program Diploma Insurans dirumuskan untuk menghasilkan graduan yang berkelayakan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja yang terlatih dalam industri insurans. Ia mempunyai beberapa tahap kesukaran yang menjadikannya satu pengetahuan yang tidak ternilai bagi pelajar yang memilih program ini. Program ini menawarkan kursus-kursus yang meliputi amalan insurans yang penting, jenis-jenis perlindungan insurans, aspek undang-undang insurans, insurans peribadi dan komersial, pengunderaitan dan pengendalian tuntutan, pengurusan risiko dan pelaburan. Selain kursus berkaitan insurans, program ini juga turut menawarkan kursus-kursus seperti perakaunan, ekonomi, statistik, keusahawanan dan latihan industri untuk menyediakan pelajar kepada dunia perniagaan. Program ini mengintegrasikan kesemua aktiviti perniagaan dan teknologi maklumat yang diperlukan dalam membangunkan perniagaan insurans yang efektif. Pelajar yang mengikuti program ini akan memperolehi manfaat daripada prospek pekerjaan yang meluas selain daripada mempunyai peluang untuk menggunakan kemahiran keusahawanan dengan memulakan perniagaan yang berkaitan dengan insurans.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan program tiga tahun ini akan memulakan kerjaya di pasaran kerja sebagai:

• Pembantu Pegawai Pengunderaitan
• Pembantu Pegawai Tuntutan Insuran
• Penyelaras Kerugian
• Penganalisa Risiko
• Broker Insurans
• Pembantu Insurans Dalaman
• Pembantu Pengurusan Risiko
• Bankasurans
• Pegawai Pemasaran/Jualan
• Pembantu Pegawai Latihan
• Pembantu Pegawai Tadbir
• Perunding Kewangan
• Pembantu Pegawai Pengawasan dan Pematuhan

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
POLITEKNIK KOTA BHARU
Alamat
KM 24, KOK LANAS, 16450, KETEREH, KELANTAN
Negeri
KELANTAN
Penyelaras
-
Telefon
09-7889126
Emel
i@pkb.edu.my
Laman Web
https://pkb.mypolycc.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Syarat Lain Kemasukan
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.
;