
Kursus TVET
Diploma Rekabentuk Media Digital
D34
Pengenalan Kursus
Program ini distrukturkan bagi pembelajaran di sekitar studio dan makmal latihan. Pengajaran program ini merangkumi media digital, perniagaan, media baru dan aliran praktikal profesional dalam penyelesaian masalah samada dalam sesi pembelajaran mahupun melalui kerja sangkutan projek bersama syarikat luar. Matlamat kerja studio ini adalah untuk menggalakkan perbincangan, inovasi dan kreativiti pelajar semasa kerja sangkutan projek serta membantu dalam memperkenalkan pelajar dalam persekitaran kerja yang sebenar. Tujuan program ini juga adalah untuk membangunkan kemahiran utama dalam rekabentuk kreatif, rekabentuk proses, komunikasi secara visual, penyelesaian masalah yang kreatif, asas dan amalan rekabentuk, pengurusan projek, komunikasi dan kolaborasi, kemahiran rekabentuk teknikal, pemasaran dan keusahawanan.
Maklumat Latihan TVET
Rekabentuk percetakan, Pengiklanan, Penerbitan (contoh; surat khabar dan majalah), Perekabentuk Grafik dan Bahagian Pemasaran, Penyiaran, Animasi, Rekabentuk Laman Sesawang, Rekabentuk Interaktif
Syarat Kelayakan
Butiran Penyedia Latihan TVET
71400 Pedas, Negeri Sembilan.
Lain-lain Maklumat
Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti:
Ijazah Sarjana Muda Seni dan Rekabentuk (Hons.) (Rekabentuk Grafik dan Media Digital) (UiTM)
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Rekabentuk Grafik Digital (UNISEL)
Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengiklanan Kreatif dan Rekabentuk Grafik Utama) (Universiti Lim Kok Wing)