Kursus TVET

Diploma Rekabentuk Fesyen

D32

Pengenalan Kursus

Program ini memberi pengkhususan kepada pembangunan kemahiran dan pengetahuan seiring dengan industri fesyen di Malaysia, sejajar dengan kehendak bagi melahirkan pereka fesyen yang kreatif. Pelajar mampu untuk mengekspresi dan meneroka kreativiti serta kebolehan untuk menggambarkan konsep rekabentuk sekaligus berkomunikasi dengan lebih efektif kepada rakan sekerja dan klien. Pelajar akan dilatih untuk lebih bermotivasi, bersemangat dan berpengetahuan, berinisiatif dan bekerja secara berpasukan. Pelajar juga akan didedahkan kepada senario industri fesyen terkini meliputi operasi, kehendak pasaran dan pengaruh besar dalam industri ini. Selain daripada itu, maklumat tentang hubungan antara rekabentuk fesyen dan promosi media serta sektor-sektor pasaran tertentu termasuk couture dan pasaran sedia-terpakai akan diperkenalkan kepada pelajar.

Tamat pengajian, pelajar dijangka untuk bekerja sebagai pembantu pereka fesyen dalam bidang perniagaan berasaskan studio, syarikat rekabentuk fesyen, perniagaan borong dan runcit, majalah dan rumah-rumah penerbitan dalam talian, agensi fesyen, rekabentuk tekstil dan studio percetakan, ejen tekstil, pegawai pemasaran dan perhubungan awam bagi syarikat-syarikat gergasi.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Pereka Fesyen dalam bidang rekabentuk couture, pakaian, aksesori dan rekabentuk percetakan fabrik, agen tekstil dan konsultan bagi penerbitan fesyen, Usahawan

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA REMBAU
Alamat
Batu 8, Kundur Hilir
71400 Pedas, Negeri Sembilan.
Negeri
NEGERI SEMBILAN
Penyelaras
SAFIZA BINTI SHARIFF
Telefon
06-6970426/06-697043
Emel
aizlan@mara.gov.my
Laman Web
https://tvetmara.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti:

Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen (Kepujian) (UiTM)
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan (Kepujian) - Teknologi Rekabentuk Fesyen dan Tekstil (UNIMAS)
Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk (Kepujian) Rekabentuk Fesyen (UNITAR)
;