Kursus TVET

Diploma Rekabentuk Perabot

D31

Pengenalan Kursus

Para pelajar akan didedahkan kepada teknologi terkini, bahan dan amalan rekabentuk studio yang digunapakai dalam penghasilan perabot menggunakan Computer-aided design and modelling (CAD-CAM). Kerja kursus juga menekankan elemen kreatif, inovatif, kaedah bengkel serta pemasaran dan pengajian perniagaan. Sepanjang program ini, pelajar juga digalakkan untuk membangunkan kemahiran mereka melalui kesedaran terhadap pelbagai aspek teknikal dan kreatif. Proses pembelajaran turut merangkumi pemahaman dan penekanan terhadap elemen rekabentuk, fungsi, pembuatan dan pembentangan projek bagi produk perabot domestik, komersial, korporat mahupun yang dikhususkan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Pembantu Penyelidik Jurutera Rekabentuk, Perekabentuk Perabot/Produk/Industri, Pengeluar Perabot/Produk, Perekabentuk Produk Model 3D, Perunding Rekabentuk & Usahawan Tekno Pembuatan Perabot

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA REMBAU
Alamat
Batu 8, Kundur Hilir
71400 Pedas, Negeri Sembilan.
Negeri
NEGERI SEMBILAN
Penyelaras
SAFIZA BINTI SHARIFF
Telefon
06-6970426/06-697043
Emel
aizlan@mara.gov.my
Laman Web
https://tvetmara.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Seni Reka) (UNIMAS)
;