
Kursus TVET
Pembuat Pakaian Lelaki
C141-001-1:2017
Pengenalan Kursus
Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng, Perak diwujudkan sebagai satu tempat untuk meningkatkan kemahiran serta memperkasakan program TVET sebagai nilai tambah kepada masyarakat di dalam menuju wawasan negara.Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng mula beroperasi pada Julai 2010 dengan latihan kemahiran bidang Penyediaan dan Pembuatan Makanan dan di susuli dengan bidang Pembuat Pakaian Lelaki pada tahun April 2011
Kursus ini memberi pendedahan kepada para peserta mengenai asas Jahitan Pakaian Lelaki yang meliputi teknik pembuatan Pakaian Kasual, Pakaian Pejabat, Pakaian Tradisional, Pakaian Moden, Pakaian Sukan dan Pakaian Seragam.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 30
Atau
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Dan
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib)
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
1. Pusat bertauliah ini akan berfungsi sebagai sebuah pusat akademik yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dalam melahirkan pelatih-pelatih yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing dalam bidang Jahitan Pakaian Lelaki;
2. Pelatih-pelatih yang dilahirkan kelak adalah standing dengan mana-mana pelatih dari Pusat Pengajian Tinggi, Pusat Bertauliah atau akademik lain yang diiktiraf oleh pihak kerajaan dalam bidang Jahitan;
3. Melahirkan pengusaha dan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat luar bandar dalam bidang jahitan pakaian lelaki.
Kemudahan Yang Disediakan:
- Pengajian ditaja sepenuhnya oleh pihak kerajaan.
- Elaun sara diri sebanyak RM250/bulan
- Penginapan disediakan
- Makan minum disediakan 6 kali sehari
- Bahan pengajian dan pembelajaran disediakan sepanjang tempoh pengajian.
- Kandungan kursus yang ditawarkan meliputi subjek tambahan seperti Kelas Komputer, aktiviti kerohanian dan keusahawanan
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Tiada Rekod Tawaran Pekerjaan