Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Pusat Bertauliah Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar adalah sebuah institut latihan awam di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Ia merupakan suatu peningkatan kualiti latihan kemahiran daripada Sijil Kemahiran KEMAS dinaiktaraf kepada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang diiktiraf dan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
KEMAS telah menguruskan program kemahiran jahitan di seluruh negara bermula pada tahun 1969. Pada tahun 2007, KEMAS telah mengorak langkah ke hadapan dengan menjalankan program pensijilan kemahiran jahitan tersebut demi melahirkan modal insan yang berkualiti.
Maklumat Latihan TVET
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
1-Meningkatkan mutu modal insan luar bandar yang berkualiti dan mampu menjadikan tenaga mahir dalam industri fesyen dan pakaian;
2-Meningkatkan kemahiran jahitan peserta luar bandar ke arah persijilan yang diiktiraf;
3-Memberikan latihan kepada pelatih yang kurang cemerlang dalam bidang akademik tetapi mempunyai kemahiran jahitan yang tinggi;
4-Membimbing peserta dari golongan keluarga berpendapatan rendah;
5-Menyediakan tenaga kerja mahir dalam bidang jahitan pakaian sebagai modal insan luar bandar;
6-Melahirkan pengusaha dan tenaga mahir dalam bidang jahitan dan rekaan fesyen serta berdaya saing di sektor perindustrian tekstil;
7-Mewujudkan sinergi latihan dengan agensi kerajaan dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk memberi perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada masyarakat;
8-Membimbing peserta dari golongan keluarga berpendapatan rendah.
Kemudahan yang ditawarkan:
- Pengajian ditaja sepenuhnya oleh pihak kerajaan.
- Elaun sara diri sebanyak RM250/bulan
- Penginapan disediakan
- Makan minum disediakan 6 kali sehari
- Bahan pengajian dan pembelajaran disediakan sepanjang tempoh pengajian.
- Kandungan kursus yang ditawarkan meliputi subjek tambahan seperti Kelas Komputer, aktiviti kerohanian dan keusahawanan