Kursus TVET

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)

DAD

Pengenalan Kursus

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) di Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia direka untuk meliputi disiplin yang luas dalam Bidang Kejuruteraan Mekanikal dengan subjek pengkhususan tambahan dalam Bidang Kejuruteraan Automotif. Kursus teras yang ditawarkan termasuk Mekanik Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, “Workshop Technology, Computer Aided Design”, Thermodinamik, Mekanik Bendalir, Sains Bahan, Bengkel Kejuruteraan Mekanikal 1, Teknologi Elektrik dan “Strength of Material”. Kursus pengkhususan seperti Teknologi Kejuruteraan Automotif, Amalan Bengkel Kejuruteraan Automotif, Automotif Elektrik dan Elektronik, Enjin Pembakaran Dalaman, “Vehicle Dynamic, Workshop service Management” dan Projek Akhir. Kursus teras pula termasuk dalam program ini ialah Matematik Kejuruteraan, Sains Kejuruteraan, Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan dan Keusahawanan. Kursus-kursus wajib yang ditawarkan termasuk Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam, Komunikasi dan Penyiaran Islam, Pengajian Malaysia, Nilai Masyarakat Malaysia, Komunikasi Bahasa Inggeris dan Ko-kurikulum akan memberikan pelajar kemahiran interpersonal dan profesionalisme ke arah kerjaya mereka.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam Bidang Kejuruteraan Mekanikal dan Bidang Kejuruteraan Automotif yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam industri Mekanikal dan Automotif. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja/ kerjaya sebagai:

• Penyelia Kilang
• Pasukan Penasihat Perkhidmatan
• Pengurus Servis
• Penolong Pengurus Servis
• Penyelia Bengkel
• Pegawai Eksekutif Jualan
• Penasihat Perkhidmatan Servis
• Pegawai Perkhidmatan Selepas Jualan

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
POLITEKNIK UNGKU OMAR
Alamat
JALAN RAJA MUSA MAHADI,
31400 IPOH
Negeri
PERAK
Penyelaras
-
Telefon
05-5457622
Emel
webmaster@puo.edu.my
Laman Web
https://www.puo.edu.my/webportal

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Syarat Lain Kemasukan
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.
;