Kursus TVET

Diploma Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Hijau)

DEG

Pengenalan Kursus

Program Diploma Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Hijau) direka untuk meliputi disiplin kejuruteraan elektrik, dengan penekanan pada bidang tenaga hijau. Asas elektrik dan elektronik yang merangkumi prinsip-prinsip elektrik dan elektronik, asas dan pengaturcaraan komputer, peranti semikonduktor, pendawaian elektrik, sistem kuasa dan reka bentuk dibantu komputer memberikan kepelbagaian kepada graduan. Menjelang akhir program, pelajar dilengkapi dengan kursus pengkhususan yang merangkumi Asas Tenaga Hijau, Sistem Tenaga Hijau, Kecekapan Tenaga dan Pengurusan dan Integrasi Sistem Tenaga Hijau.

Selain pengetahuan dan kemahiran teknikal, program ini juga memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu pelajar secara bersepadu dan holistik melalui kursus-kursus seperti Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Islam, Nilai Masyarakat Malaysia, Ko-kurikulum dan Keusahawanan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam kejuruteraan elektrik dengan pengkhususan dalam tenaga hijau yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam kebanyakan pembekal tenaga, perunding pengurusan tenaga dan industri perkilangan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:
- Pegawai Tenaga
- Penolong Juruaudit Tenaga
- Juruteknik Tenaga
- Penolong Jurutera Tenaga
- Penyelia Kejuruteraan Elektrik
- Penasihat Perkhidmatan Kejuruteraan Elektrik
- Penolong Jurutera
- Juruteknik elektrik
- Wind Turbine Technician
- Solar Installer
- Clean Car Engineer
- Sustainable Builder
- Sustainability Professional

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
POLITEKNIK PORT DICKSON
Alamat
KM. 14, Jalan Pantai,
71050 Si Rusa
Negeri, Sembilan
Negeri
NEGERI SEMBILAN
Penyelaras
-
Telefon
06-662 2000
Emel
webmaster@polipd.edu.my
Laman Web
https://polipd.mypolycc.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Syarat Lain Kemasukan
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.
;